• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gadis Mati Lepas 3 Kali Dirogol Dengan Rakus!

oleh
04/03/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG lelaki warganegara Indonesia akan menghadapi hukuman mati selepas disabitkan kesalahan merogol kekasihnya yang berusia 15 tahun sehingga mati.

Kejadian serangan seksual tragik yang dikatakan berlaku di sekitar Bali, lingkungan Disember pada tahun lalu itu telah melibatkan suspek yang berusia 25 tahun.

Semalam, kisah sebenar yang membawa kepada kematian gadis malang itu akhirnya terbongkar selepas suspek disuruh untuk mendedahkan punca kematian kekasih yang dikenalinya menerusi sebuah aplikasi di media sosial.

Suspek telah mengulang tayang 53 adegan sebelum kematian itu berlaku iaitu daripada saat mangsa ke rumahnya pada hari kejadian sebelum dirogol sebanyak tiga kali sehingga meninggal dunia.

Penceritaan semula itu dijalankan secara tertutup namun dihadiri oleh beberapa wakil media yang dibenarkan untuk mengikuti perbicaraan tersebut.

Mangsa dikatakan telah dirogol secara kasar oleh suspek dan mulutnya pula turut telah ditutup menggunakan bantal dengan alasan mangsa menjerit terlampau kuat.

Malah, mangsa turut mengalami pendarahan ketika dirogol namun tidak diendahkan oleh suspek dan dia tetap terus melampiaskan nafsu liarnya itu sehingga puas.

Selepas puas, suspek mengambil keputusan untuk terus mandi sebelum mendapati gadis itu sudah tidak bernyawa sehingga membuatkan dia berasa panik lantas memakaikan baju kepada kekasihnya itu dan keluar untuk beli makanan.

Bimbang keadaan demikian, suspek meminta tolong jiran tetangga untuk menggosokkan minyak panas ke tubuh malang itu dan selepas mendapati tiada tindak balas, mereka telah bergegas ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Saksi yang juga merupakan jiran suspek telah membawa gadis itu ke hospital tetapi didapati dia telah meninggal dunia sekitar 45 minit selepas kejadian.

Hasil bedah siasat mendapati sesuatu yang tidak kena dengan keadaan mayat gadis itu dan suspek telah ditahan bagi siasatan lanjut.

Ketika sesi penceritaan semula mengenai kejadian, keluarga mangsa tidak dapat menahan emosi kerana sedih dengan nasib yang menimpa anak mereka namun keadaan kembali reda selepas pihak polis bertindak meleraikan kekecohan itu.

Dua jam masa diambil bagi menceritakan kisah kejadian sebelum suspek dibawa semula ke tahanan bagi perbicaraan seterusnya pada 10 Mac ini di Mahkamah Kota Makassar, Sulawesi bagi menghadapi hukuman mati jika disabitkan kesalahan. – MYENWSHUB.CC/AH

Tags: Mahkamah Kota MakassarNetizen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Hantaran di laman media sosial rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyentuh hati ramai apabila baginda berkenan menziarahi...

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penjelasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung isu sebuah keluarga di Kuala Sat, Jerantut yang hidup tanpa bekalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd