• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FINA Gantung Wendy Lapan Bulan Kerana Kesalahan Doping

oleh Ahmad Albab
02/03/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penerjun wanita negara, Wendy Ng Yan Yee dikenakan penggantungan lapan bulan oleh Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) kerana kesalahan doping.

Setiausaha Kehormat Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM), Mae Chen berkata penggantungan terhadap penerjun kelahiran Kuala Lumpur berusia 24 tahun itu berkuat kuasa 26 Ogos 2017, iaitu tarikh sampel B diambil, dan hukuman itu akan berakhir pada 26 April 2018.

“Saya menerima e-mel daripada FINA malam tadi, memaklumkan menggantung Wendy selama lapan bulan berikutan kes dopingnya, maka dia tidak disenaraikan untuk Sukan Komanwel 2018,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Chen memberitahu Wendy akan kembali menjalani latihan bersama skuad terjun kebangsaan pada 15 April untuk persiapan menghadapi Sukan Asia 2018 di Indonesia dari 18 Ogos hingga 2 Sept.

Dalam perkembangan lain, Chen berkata skuad negara dijadual berlepas ke Gold Coast, Australia pada 26 Mac bagi menyesuaikan diri dengan suasana gelanggang pertandingan.

“Sebelum ini saya dimaklumkan upacara menaikkan bendera akan berlangsung pagi 26 Ogos, sebelum skuad negara berlepas ke Gold Coast pada sebelah malam,” katanya.

Pada Oktober 2017, Wendy disahkan mengambil bahan terlarang jenis sibutramine selepas sampel B yang uji di makmal Agensi Anti Doping Dunia di New Delhi, turut positif.

Penerjun terbabit didapati melakukan kesalahan itu semasa beraksi pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Ogos lepas, dan Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) sedang dalam proses untuk mendapatkan semula pingat emas yang dimenanginya dalam acara 3m papan anjal individu wanita. – BERNAMA

Tags: Ng Yan Yee
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saya Mampu Buat Lebih Baik – Ng Yan Yee

23/10/2016
0

KUCHING - Ng Yan Yee yang memenangi pingat emas dalam final papan anjal wanita 3m pada Kejohanan Terjun Siri Dunia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd