• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Filem Biografi Chong Wei Pecah Rekod

oleh
11/03/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMALAM, telah tercatat satu lagi sejarah dalam Malaysia Book of Records dan Asia Book of Records apabila seramai 20,000 penonton telah hadir bagi membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil demi menyaksikan tayangan perdana filem biopik Lee Chong Wei: Menjulang Kejuaraan.

Filem tersebut telah ditayangkan menerusi skrin besar berukuran 40m x 17m bagi memberikan kepuasan kepada penonton yang hadir.

Jaguh badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei turut hadir pada acara red carpet pada malam tadi ditemani isteri tercinta, Datin Wong Mew Choo bersama dua anak lelaki mereka, Kingston dan Terrance.

Dalam masa yang sama, Chong Wei kini sedang dalam persediaan untuk menghadapi perlawanan All England pada minggu hadapan.

Walaupun sibuk membuat persiapan, pemain badminton tersohor negara itu kelihatan teruja dengan kemeriahan serta sokongan yang diberikan semalam.

“Saya berasa cukup berbangga untuk berada di sini pada malam ini bersama 20,000 penonton dan ia cukup istimewa walaupun saya bermain dihadapan orang ramai dalam acara sebelum ini.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan saya sendiri tidak sangka penghasilan filem ini akhirnya tercapai,” katanya dipetik daripada mStar Online.

Tambah Chong Wei, pengarah filem berkenaan, Teng Bee telah menyatakan hasratnya itu ketika dia sedang menghadapi Sukan Olimpik London 2012 lalu, namun sekitar tahun 2016 barulah ia dapat direalisasikan.

Sebagai seorang pemain badminton, Chong Wei sama sekali tidak pernah terfikir bahawa kisah tentang kehidupannya akan diangkat ke layar perak.

Selain itu, tayangan perdana malam tadi turut dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin serta Presiden Persatuan Badminton Malaysia, Datuk Seri Norza Zakaria selain Datuk Misbuk Sidek, Datuk Seri Jalani Sidek dan Rahman Sidek.

Bagi sudut pandangan Khairy sendiri, Chong Wei merupakan hero negara dan kisahnya juga akan berterusan menjadi sumber inspirasi kepada generasi yang akan datang.

Selaku jurulatih Chong Wei, Misbun menganggap filem berkenaan akan menjadi sumber inspirasi kepada ramai golongan masyarakat dalam pelbagai bidang.

Pada Khamis ini, filem Lee Chong Wei: Menjulang Kejuaraan bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara.

Malah, filem biopik berkenaan turut akan ditayangkan di lebih 5,000 pawagam di China, Taiwan, Jepun, Singapura, Hong Kong dan beberapa negara lain.-MYNEWSHUB.CC/ AH

https://youtu.be/yMsxlHX_mvI

Tags: Filem Lee Chong WeiNetizen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

07/06/2023
0

KUALA LUMPUR : Seorang pelawak wanita kelahiran Singapura, disifatkan bertindak keterlaluan ketika memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore...

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR : Sebahagian besar pembaca BH dalam tinjauan media sosial memilih usia persaraan dikekalkan kepada 60 tahun. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd