Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Kemenangan PH Kejayaan Liberalis?

KOTA BHARU - Ada dua pihak yang mendapat banyak kejayaan dengan kemenangan Pakatan...

PAS Sokong Usul Tergempar...

KUALA LUMPUR - Parti Pas sokong usul tergempar yang dikemukakan anggota Parlimen dari...

Inspektor Polis Minta, Terima...

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai polis berpangkat...

Ibu Usia 101 Tahun...

KUALA NERANG - Usianya kini mencecah 101 tahun, namun naluri sebagai ibu menyebabkan...

Felcra Sedia RM10 Juta Bantu Peserta PPRT Di Perak

BAGAN SERAI – Felcra Berhad Perak menyediakan bantuan hingga RM10 juta setiap tahun bagi membantu 2,500 peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) di seluruh negeri ini.

Pengurus Besarnya Hassan Khamis berkata bantuan wang tunai RM200 dan barangan bernilai RM100 itu merupakan hasil penjualan tanaman kelapa sawit di atas tanah seluas 1,700 hektar yang diberikan kerajaan negeri untuk diuruskan Felcra Berhad sejak 1997.

Beliau berkata pihaknya dilantik kerajaan negeri sebagai agensi penyelaras untuk menguruskan tanaman kelapa sawit bagi membantu peserta PPRT yang dipilih melalui e-Kasih.

“Kita berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana memberikan peluang kepada Felcra menguruskan tanah yang diberikan untuk tanaman kelapa sawit.

“Kita juga membuat pemutihan kepada penerima yang layak menerima bantuan itu di setiap daerah supaya mereka yang sudah terkeluar dari garis kemiskinan tidak lagi diberi bantuan, sebaliknya diberikan kepada penerima baharu,” katanya pada sidang media selepas majlis Ramah Mesra Peserta PPRT Daerah Kerian di Dewan Datuk Zainal Abidin Zin di sini hari ini.

Di Kerian sahaja, Hassan berkata seramai 319 peserta PPRT menerima bantuan bulanan itu membabitkan peruntukan RM1.148 juta pada tahun lalu.


Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Alor Pongsu Datuk Sham Mat Sahat yang turut hadir pada majlis tersebut berkata peserta PPRT yang dipilih menerusi program e-Kasih layak menerima bantuan berkenaan setiap bulan.

“Jika ada peserta yang meninggal dunia kita akan buat pemutihan dan akan gantikan dengan peserta lain kerana bantuan ini bukan boleh diwarisi oleh sesebuah keluarga,” katanya. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori