• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fazura Enggan Layan Provokasi Liar

oleh Haris
19/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK perkahwinannya bulan lalu, pelakon jelita, Nur Fazura Sharifuddin, dan suaminya Fattah Amin kini menjadi pasangan selebriti sensasi yang sering menjadi perhatian ramai.

Namun, seperti yang dilihat berlaku baru-baru ini, masih ada beberapa individu yang seakan-akan iri hati dengan kebahagiaan yang dikecapi pasangan ini dengan melontarkan sindiran dan provokasi terhadap mereka.

Jelas Fazura, 34, dia enggan melayan atau ambil pusing terhadap sebarang provokasi yang dilihat seolah-olah cuba ‘memancing’ emosinya.

Malah, ujar aktres berkenaan, sekiranya benar terdapat beberapa individu yang berniat sebegitu seperti yang didakwa oleh netizen sebelum ini, perkara itu tidak langsung memberi kesan kepadanya.

“Saya pun tak nak cakap pasal orang dan kalau orang nak cakap pasal saya pun, terpulanglah kepada mereka. Itu bukan urusan saya kerana saya hanya mahu fokus kepada diri saya. Kalau orang lain nak fokus pada saya, itu terserahlah kepada mereka.

“Kita tak tahu niat orang, jadi lebih baik untuk kita tidak bercakap banyak mengenai perkara itu,” katanya memetik BH Online.

Fazura ditemui pihak media selepas menjayakan showcase One Music Live Session Fazura di sebuah hotel di ibu negara, semalam.

Foto: Berita Harian

Sebelum ini, para netizen mendakwa bahawa pengacara dan usahawan popular, Neelofa menyindir Fazura di Instagramnya yang menyebabkan kedua selebriti itu menjadi bualan hangat di laman sosial.

Baca: Muat Naik Video Hampir Sama, Neelofa Sindir Fazura?

Dalam pada itu, mengulas mengenai nama produk bulu mata palsunya, #beFaz yang dikatakan menyerupai jenama produk hijab Neelofa yang dilancarkan baru-baru ini, Fazura berkata dia tidak menganggap perkara itu sebagai suatu isu besar.

“Secara jujur, kami sudah mula mengusahakan produk ini dan menjalankan kempen sejak tahun lalu. Cuma kami ambil masa untuk melancarkannya sejajar dengan penganjuran showcase ini.

“Kalau ada orang lain yang nak gunakan jenama itu pun tak mengapa… Saya okay saja jika nak berkongsi nama dan idea. Ini kerana saya sedar yang saya juga boleh menjadi sumber inspirasi buat orang lain,” ujar Fazura.

Foto: Berita Harian

Terdahulu, Fazura mengiburkan 400 peminat bertuah dalam showcase berkenaan dengan mendendangkan lapan lagu dan turut berduet bersama suaminya melalui lagu Cinderella.

Selain itu, Album Fazura yang dilancarkan pada tahun lalu mencatat sejarah peribadi apabila album berkenaan terjual sebanyak 6,000 unit dan distrim lebih lima juta kali di platform digital. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: Fattah AminNeelofaNur Fazura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fattah, Fazura Bercerai Talak Satu

Fattah, Fazura Bercerai Talak Satu

07/10/2024
0

SHAH ALAM: Selepas tujuh tahun, pasangan pelakon terkenal, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah...

Fazura Failkan Perceraian Terhadap Fattah Amin

Fazura Failkan Perceraian Terhadap Fattah Amin

13/09/2024
0

Kuala Lumpur: Aktres terkenal, Nur Fazura Sharifuddin memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd