• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAM “Alu-Alukan” Hasrat Pasukan Tarik Diri Selepas Didenda

oleh AK-47
09/03/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Mana-mana pasukan berhasrat menarik diri selepas dikenakan hukuman dan denda kerana gagal melengkapkan atau menghantar dokumen pendaftaran pada masa ditetapkan untuk bersaing dalam Liga Malaysia musim ini, “dialu-alukan” meneruskan hasrat mereka itu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menempelak hasrat pasukan terbabit, berkata tindakan berkenaan menunjukkan sikap negatif yang boleh menjejaskan usaha meningkatkan kualiti Liga Malaysia ke arah lebih profesional.

“Ada yang ugut hendak tarik diri, saya nasihatkan kepada mereka, sila tarik diri. Kalau semua benda hendak percuma, sampai bila?.

“Dulu satu sen pun tidak dapat, boleh pula hidup. Kena denda RM500,000 disebabkan tidak ada dokumen lengkap, terus nak ugut tarik diri…silakan tarik diri dan jangan buang masa,” titah baginda selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM di sini hari ini.

Baru-baru ini, Majlis Sukan India Malaysia-Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MISC-MIFA) yang dikenakan tindakan denda RM500,000, berhasrat untuk menarik diri kerana tidak mampu membayar denda terlalu tinggi itu.

Tunku Mahkota Johor itu berkata pasukan yang dikenakan denda boleh membuat rayuan dan akan dipertimbangkan oleh Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP).

“Anda ada masa dan ruang untuk membuat rayuan dan kita akan mempertimbangkan bergantung kepada kes tapi denda tetap kena denda. Berapa jumlah yang akan dikenakan kita tidak tahu dan mungkin dapat dikurangkan bergantung kepada rayuan yang dibuat,” kata Tunku Ismail.

Baginda turut mengumumkan dana RM3 juta kepada setiap pasukan Liga Super dan RM1 juta untuk pasukan Liga Premier, yang akan diberikan Rabu ini.

Dalam pada itu, ditanya mengenai pandangan baginda yang akan genap setahun menerajui FAM pada 25 Mac ini, Tunku Ismail berkata terserah kepada penyokong dan media untuk membuat penilaian terhadap pencapaian baginda.

“Saya tidak boleh angkat bakul masuk sendiri, media dan penyokonglah kena menilai. Saya hanya jalankan kerja saya dan memberi sumbangan seberapa banyak yang boleh,” kata Tunku Ismail. – BERNAMA

Tags: Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Arah Gabenor Bank Negara Jawab Isu Prestasi Ringgit

JDT Tak Pernah Kalah Kepada Selangor Selama 8 Tahun – TMJ

20/02/2024
0

PEMILIK Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan pencabar utama Harimau Selatan dalam saingan Liga Malaysia...

Urus JDT Ibarat Jaga 32 Bayi Kaya – TMJ

Urus JDT Ibarat Jaga 32 Bayi Kaya – TMJ

30/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Mengurus pasukan seperti Johor Darul Ta'zim (JDT) ibarat menjaga 32 bayi kaya dan 'anak manja', kata pemilik JDT,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd