• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fahami Hak Ketika Urusniaga Dalam Talian

oleh Ahmad Albab
15/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Generasi muda perlu memahami hak serta memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing terutamanya apabila berurusan di dalam talian, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata, kesedaran dan pengetahuan mengenai perkara berkaitan hak pengguna apabila berurusan secara dalam talian boleh mengelakkan penipuan.

“Rakyat hendaklah jelas dengan kuasa pengguna yang mereka miliki, bijak dalam membuat keputusan dan mengambil tindakan yang sewajarnya dalam situasi tertentu terutamanya apabila berhadapan dengan kes-kes penipuan dalam talian,” katanya dalam ucapan pada Sambutan Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di sini hari ini.

Teks ucapan Hamzah dibacakan oleh timbalannya, Datuk Henry Sum Agung.

Hamzah berkata, tema sambutan pada kali ini iaitu ‘Menjadikan Pasaran Digital yang Lebih Adil’ bertujuan memberi penekanan kepada hak pengguna dalam dunia digital masa kini.

Tambah beliau, pada masa ini terdapat 26 buah syarikat pengendali pasar dalam talian (e-commerce market place operator) di Malaysia.

Katanya, pengendali pasar dalam talian perlu mematuhi Akta Perdagangan Elektronik 2006 dan Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012.

Syarikat, perniagaan dan perkongsian liabiliti terhad yang menjalankan perniagaan dalam talian yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) meningkat 49 peratus pada 2017 berbanding 2016, jelas Hamzah.

Beliau berkata pada 2016 syarikat, perniagaan dan perkongsian liabiliti terhad yang didaftarkan di SSM adalah sebanyak 43,382 dan jumlah itu meningkat kepada 64,910 pada 31 Disember 2017. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hamzah Zainudin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawah Terjejas Teruk Susulan Harga Diesel Naik – Hamzah

Pesawah Terjejas Teruk Susulan Harga Diesel Naik – Hamzah

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyuarakan kebimbangan terhadap nasib pesawah padi yang didakwa paling terkesan susulan...

Hamzah Nafi Dakwaan Azmin, Tetap Balik Larut

06/05/2018
0

LARUT - Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini menyelar Menteri Besar Selangor Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd