Tuesday, December 5, 2023

Creating liberating content

Insiden Kren Tumbang Mekah:...

DUBAI: Mahkamah di Mekah mengenakan denda sebanyak 20 juta riyal (RM23.49 juta) ke...

Isu Pilihan Raya PBT,...

KUALA LUMPUR - Isu pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang diperjuangkan DAP...

Wajah Pelakon Wanita Top...

FILEM Top Gun yang dihasilkan pada 1986 telah melonjakkan nama pelakon Tom Cruise dan...

Trend Tak Bermoral: Pekerja...

SARAH Birnel, pemilik sebuah Coffee House di Washington, Amerika Syarikat mendakwa berjaya memperoleh keuntungan...

Ernie Zakri Doa Yang Terbaik Untuk Mak Long

KES yang menimpa keluarga kepada penyanyi bernada tinggi, Ziana Zain turut mendapat simpati daripada anak saudara penyanyi itu, Ernie Zakri yang juga seorang penghibur dalam industri.

Jelas Ernie, 26, dia turut bersedih terhadap perkara buruk tersebut namun tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut akan perkara berkenaan.

Ernie, yang sudah mula mengorakkan langkah dalam industri selepas kejayaannya di sebuah anugerah berprestij baru-baru ini berkata pada masa ini, dia hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk mereka sekeluarga.

“Sejujurnya, saya tidak berapa tahu mengenai hal Mak Long (Ziana Zain) sekeluarga. Tetapi sebagai keluarga saya harap dan mendoakan yang terbaik semoga ada penyelesaian untuk Mak Long. Insya-Allah.

“Ini saja yang boleh komen sebab saya tak boleh cakap lebih kerana memang tidak tahu menahu. Apa pun kami semua turut bersedih dan mendoakan yang baik-baik saja untuk Mak Long,” katanya memetik Harian Metro Online.

Dalam pada itu, Ernie turut mengakui bahawa ibunya telah berhubung dengan Ziana bagi mengetahui dengan lebih lanjut akan perkara yang berlaku.

Menurut Ernie, dia terkejut mendengarkan berita tersebut namun tidak mahu menyibuk dalam hal keluarga Ziana yang tiada kena mengena dengan dirinya.

“Terkejut memang terkejut. Siapa yang suka mendengar berita seperti ini lebih-lebih lagi daripada keluarga sendiri.


“Mak saya ada menghubungi Mak Long dan bertanyakan khabar. Macam saya katakan, kami mendoakan yang baik-baik. Hal orang tua saya tidak mahu masuk campur,” katanya.

Ernie mempunyai pertalian darah dengan dua penyanyi legenda negara iaitu Ziana dan Anuar Zain jadi tidak hairanlah suara yang dimiliki Ernie juga mampu memukau masyarakat.

Seperti yang dilaporkan semalam, suami Ziana, Armin Zaharin Ahmad Zambri didakwa di mahkamah atas pertuduhan mencederakan anak lelakinya, 25 Februari lalu.

Bagaimanapun, Armin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut selepas dihadapkan di Mahkamah Majistret Shah Alam di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Armin juga mengatakan bahawa dia hanya merotan anaknya bagi tujuan mengajar anaknya mengaji dan solat.

Ziana, ketika dihubungi pihak media tidak bersedia untuk memberikan kenyataan dan meminta untuk diberi ruang kerana perkara yang terjadi terlalu peribadi. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori