Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Suspek Curi Kereta Di...

TEMERLOH - Lelaki yang mencuri disyaki mencuri kereta di pam minyak di Mentakab,...

Donald Trump Berdepan Ancaman...

NEW YORK - Selepas dikecam hebat kerana kenyataan lucah yang dibuatnya mengenai wanita...

Jadual Kerja Padat, Aeril...

PELAKON Aeril Zafrel atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 28, berkata dia merancang untuk mengambil...

Naluri Isteri Selamat Warga...

KUANTAN - Naluri seorang isteri menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM30,000 untuk...

Empat Terowong Jepun Bakal Dibangunkan

KOTA KINABALU – Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Datuk Joannes Solidau berkata empat terowong Jepun yang berada di sekitar pusat bandar raya ini bakal dibangunkan dan dijadikan satu daripada tempat tarikan pelancong.

Beliau berkata Jawatankuasa DBKK akan berbincang dengan pihak Kementerian Pelancongan mengenai usaha membangunkan tempat berkenaan.

“Kerja menaik taraf kawasan terowong Jepun itu memerlukan kos dan pihak DBKK dengan bantuan Kementerian Pelancongan akan mencari kaedah bagaimana membangunkan tempat berkenaan dan dijadikan sebagai salah satu tapak bersejarah,” katanya kepada pemberita selepas melawat keempat-empat terowong Jepun itu di sini hari ini.

Dua daripada terowong Jepun berkenaan terletak di belakang Dewan Masyarakat Kota Kinabalu dan dua lagi terletak di Kampung Kopungit kira-kira dua kilometer dari pusat bandar Kota Kinabalu.

Joannes berkata terowong Jepun itu dibina pada zaman Perang Dunia Kedua dan dipercayai menjadi tempat perlindungan tentera Jepun.


“Kedua-dua kawasan itu kini menjadi tempat beriadah orang ramai terutamanya melakukan aktiviti mendaki kerana kawasan itu adalah berbukit.” katanya.

Beliau berkata kawasan terowong Jepun itu sebelum ini telah diceroboh dan ia perlu dinaik taraf agar menjadi lebih menarik. – BERNAMA

Kategori