Sample Page Title

ALOR SETAR – Ekspo Muafakat Kedah yang dikunjungi lebih 500,000 orang pada edisi 2018 berkemungkinan akan dijadikan acara dwitahunan sekiranya Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat baharu yang lebih kukuh di Kedah dan di peringkat persekutuan, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Kehadiran lebih setengah juta pengunjung di Ekspo Muafakat Kedah 2018 yang berlangsung selama tujuh hari sejak 24 Feb lepas sekali gus melepasi sasaran 400,000 pengunjung ke ekspo berkenaan yang ditetapkan sebelum ini.

“Dengan edisi berikutnya dianjurkan pada 2020. Syaratnya, kerajaan sedia ada yakni Barisan Nasional di negeri Kedah dan Kerajaan Persekutuan perlu diberikan mandat baharu yang lebih kukuh agar lebih banyak usaha menerus kemajuan dan menzahirkan impian boleh kita terjemahkan,” katanya ketika berucap pada majlis penutup ekspo itu di Stadium Darul Aman di sini hari ini.

Majlis penutup itu disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Najib turut melancarkan Pelan Pembangunan Negeri Kedah 2019-2035 pada majlis penutup itu.

Pelan pembangunan itu antara lain memberikan tumpuan empat elemen utama iaitu mempelbagaikan asas ekonomi negeri, melonjak pembangunan holistik lagi berdaya mampan, meningkatkan kesejahteraan rakyat serta menyediakan negeri ini dengan kekuatan jati diri, modal insan dan tenaga muda sebagai dorongan utama.

Turut hadir pada majlis itu isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Ahmad Bashah berkata sekiranya mandat yang kukuh diperoleh kerajaan negeri sedia ada ini maka Ekspo Muafakat Kedah 2.0 di era 2020 akan ditambah nilai dengan dua pakej kluster iringan melibatkan penyertaan kesemua kementerian yang ada selain tumpuan penglibatan dari negara jiran yang terangkum dalam kerangka kerjasama Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia dan Thailand (IMT-GT).


Beliau berkata orang-ramai tertarik untuk berkunjung ke ekspo ini bagi melihat sendiri pameran yang merakamkan pencapaian masa lepas, kini dan pemetaan masa depan negeri Kedah yang diterjemahkan menerusi 19 kluster pameran.

“Dari Chuping, Perlis hinggalah sejauh Melaka, kawan, rakan, sanak saudara, handai taulan menjadikan ekspo ini antara destinasi wajib persinggahan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Bashah berkata kejayaan penganjuran ekspo itu adalah hasil rangkuman kemampuan bersama diterjemah sebagai konsep muafakat yang diterapkan Kerajaan Negeri Kedah selama ini.

Sejumlah 119 agensi serta jabatan terlibat dalam penganjuran ekspo itu selain 15 acara utama dan 119 acara sampingan yang menjadi pengisian ekspo itu. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...