• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Eksklusif: Sufian Tak Tahu Dikecam Ibu Elfira Di IG

oleh AK-47
21/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERTEMUAN secara tidak sengaja Mynewshub dengan penyanyi popular, Sufian Suhaimi awal tengah hari tadi ternyata tidak dijangkakan sama sekali.

Meskipun sedang menikmati makan tengah harinya ketika ‘diterjah’ oleh Mynewshub, namun Sufian membuktikan profesionalismenya apabila penyanyi lagu Terakhir ini tidak keberatan untuk ditemu ramah.

Daripada raut wajahnya, Sufian kelihatan tenang dan relaks sahaja. Ditemani oleh salah seorang pengurusnya iaitu Zamani, Sufian memulakan bicara dengan menceritakan tentang perkembangan dirinya pasca tragedi putus tunang bersama pelakon, Elfira Loy.

Kata Sufian, dia amat bersyukur kerana menerima sokongan moral yang kuat.

“Alhamdulillah, saya dikelilingi oleh orang-orang yang baik. Keluarga dan rakan-rakan banyak memberikan saya kata-kata semangat.”

Tinggal kenangan: Saat-saat bahagia Elfira dan Sufian semasa hari pertunangan mereka.

Sufian turut berkata dia kini mahu fokus untuk menyalurkan emosinya melalui muzik, dan ini terbukti dengan terciptanya lagu hit terbaharunya yang berjudul Di Matamu.

Lagu ini dikatakan ditujukan khas kepada Elfira dan menceritakan tentang hubungan mereka yang tidak kesampaian.

Bagaimanapun, Sufian menolak andaian itu kerana dia telah menggubah dan menulis lirik lagu itu sejak Ogos tahun lalu, iaitu kira-kira dua bulan sebelum pertunangannya dengan Elfira.

Mereka berdua mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu dan sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada bulan ini.

“Proses itu dijalankan secara step by step, jadi saya rasa memang tak ada kena-mengena dengan peristiwa (putus tunang) tersebut,” jelas Sufian lagi.

Akui Sufian, tahun lalu merupakan tahun yang amat sukar baginya. Ini kerana, bukan sahaja dia terpaksa bergelut menyiapkan tesis ijazah sarjananya, Sufian juga berkata dia telah mengharungi episod kedukaan di dalam kehidupan peribadinya.

“Oleh itu, saya memilih untuk memencilkan diri seketika. Saya tidak membuka media sosial langsung; Twitter, Instagram, Facebook, semuanya. Notifikasi entri-entri saya juga telah lama saya letakkan sebagai mute.

“Dalam tempoh ini, keluarga saya banyak membantu,” kata Sufian.

Pendirian Sufian untuk tidak mengambil tahu urusan di media sosial juga mengakibatkan dia tidak tahu-menahu langsung tentang ‘kecaman’ ibu Elfira, Filzah Yusoff terhadapnya di Instagram.

Apabila ditanya adakah Sufian tahu Filzah telah mula memuat naik entri berbaur kecaman terhadapnya itu sejak September tahun lalu lagi iaitu beberapa minggu sebelum bertunang, dengan reaksi benar-benar terkejut Sufian mengatakan bahawa dia tidak tahu-menahu langsung tentang soal itu.

Kecaman ibu Elfira, Filzah Yusoff terhadap Sufian Suhaimi di Instagram.

“Oh yeke? Saya tak tahu pun. Bagi pihak saya, saya tidak mahu lagi komen apa-apa dan berharap benda ni tamat.

“Saya masih ada rasa hormat kepadanya (Filzah) sebagai orang yang lebih tua. Jadi kalau boleh, saya tak mahu ulas lagi benda ni,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Sufian berharap agar cerita ini tidak lagi dipanjangkan kerana segalanya sudah selesai dan dia juga sudah sah putus tunang dengan Elfira.

Sementara itu, Sufian yang kini pemegang ijazah sarjana dalam bidang Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) berkata, dia sebenarnya memasang cita-cita untuk bergelar pensyarah satu hari nanti, namun sedar bahawa ijazah sarjana tidak cukup untuk mencapai impian itu.

Tambah Sufian lagi, meskipun dia sudah menerima tawaran untuk menyambung pengajian ke peringkat doktor falsafah (PhD.), namun dia berkata dia mahu kukuhkan tapaknya dalam industri hiburan dahulu buat masa ini.

Dalam perkembangan kariernya pula, Sufian kini dalam proses untuk merakam album keduanya bersama syarikat rakaman Aries Music. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Elfira LoySufian Suhaimi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

SC Beri Amaran Mengenai Skim Penipuan Pelaburan

Next Post

Hanez Suraya Nafi Rumah Tangga Tengah Goyah

Related Posts

Elfira Loy Kongsi Nama, Wajah Anak

02/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Selepas mengesahkan selamat melahirkan cahaya mata sulungnya semalam, pelakon Elfira Loy sebentar tadi mendedahkan nama bayi itu...

Sufian Suhaimi Ambil Anak Angkat

11/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Kehadiran kanak-kanak mampu menceriakan kehidupan seseorang. Kemunculan mereka dalam hidup sudah semestinya dapat memberikan satu sinar yang...

Next Post

Hanez Suraya Nafi Rumah Tangga Tengah Goyah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd