• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Duta Baharu Kongsi Pendapat Mengenai Masa Depan Turki

oleh AK-47
04/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dr. Merve Safa Kavakci, Duta Besar Turki ke Malaysia, seorang Muslimah yang bangga dengan agamanya dan sanggup mempertahankan kesucian Islam sehingga beberapa kali menjadi tajuk utama berita disebabkan perkara itu.

Kesungguhan beliau memperjuangkan haknya untuk bertudung di Parlimen Turki pada Mei 1999 selepas dilantik sebagai anggota parlimen baharu dari Istanbul bukan sekadar menyebabkan parti politiknya dibubarkan oleh Mahkamah Perlembagaan malah menyaksikan wanita hebat itu dilarang berkecimpung dalam arena politik selama lima tahun.

“Jentera pentadbiran ketika itu ingin menjadikan kes saya sebagai contoh negatif terhadap sesiapa sahaja yang ingin memperjuangkan hak mereka. Serangan sistematik itu bukan hanya menyasarkan saya tetapi juga mentaliti (rakyat), yang cuba diubah oleh tampuk pimpinan hebat ketika ini. Kami kini mempunyai hak untuk bersuara,” katanya kepada Bernama ketika berkunjung ke ibu pejabat agensi berita itu semalam.

Kavakci telah membawa kesnya ke Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah dan memenangi kes itu pada 2007.

Beliau dianggap sebagai ikon hak asasi manusia dan pemerkasaan wanita di Turki, serta menerima pelbagai anugerah daripada pelbagai organisasi.

Dinobat sebagai 500 Orang Islam Paling Berpengaruh di Dunia oleh Universiti Georgetown pada 2009, Kavakci mempunyai pandangan yang positif tentang masa depan Turki dan berkata proses pendemokrasian minda telah berlaku dalam kalangan rakyat negara itu, dan hal ini dapat dilihat semasa kebangkitan rakyat dalam mematahkan percubaan rampasan kuasa pada 2016 untuk mempertahankan demokrasi.

“Mereka bukan lagi rakyat pada tahun 1990-an, atau 2000 ataupun 2010. Kami kini lebih berani,” katanya.

Kavakci turut berkongsi kecintaan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, terhadap ‘’ummah’’; dan enggan menggelar rakyat Syria dan Rohingya sebagai pelarian sebaliknya menyifatkan mereka sebagai “tetamu” Turki.

“Saya rasa, bukan semua orang, seperti rakyat dan kepimpinan Turki, memiliki kesedaran untuk menerima dengan tangan terbuka ‘’ummah’’ yang lain. Lagipun, kita semua adalah satu ‘’ummah”. Mengikut ajaran Islam, bukanlah dari kalangan orang yang beriman, apabila ia dalam keadaan kenyang sedangkan jirannya dalam kelaparan,” kata ibu kepada dua anak itu.

Pada masa ini, Turki menyediakan ‘perlindungan sementara’ kepada sejumlah 3.5 juta rakyat Syria yang kini tinggal di 21 pusat perlindungan sementara di 10 bandar.

Turki telah membelanjakan lebih US$30 bilion untuk menyediakan pusat perlindungan, pendidikan dan rawatan perubatan kepada tetamunya itu.

Beliau berkata antara sebab Operasi Olive Branch Turki dilancarkan di Afrin sejak 20 Jan ialah untuk menyediakan laluan selamat kepada semua “tetamu” dari Syria bagi membolehkan mereka kembali ke negara asal pada masa akan datang.

Operasi itu bertujuan mengusir militan Unit Perlindungan Rakyat Kurdish (YPG) dari Afrin, yang terletak di barat laut Syria.

Usaha kemanusiaan Turki itu turut dipanjangkan kepada etnik Rohingya.

“Selain fakta bahawa kami juga adalah orang Islam dan boleh mendengar tangisan mereka, kami (rakyat Turki) tidak memiliki sebarang persamaan lain dengan Orang Islam Rohingya. Namun kami turut sama merasai kesakitannya dan lama sebelum kekejaman yang berlaku baru-baru ini, Orang Islam Rohingya sudahpun berada dalam radar kami kerana aspek kemanusiaan.”

Kavakci turut memuji bantuan yang dihulur oleh Malaysia kepada masyarakat Rohingya dari Myanmar dan menjadi antara negara utama, selain Turki, yang menentang penzaliman terhadap Orang Islam Rohingya.

“Kedua-dua negara telah memainkan peranan penting dalam membawa isu ini dalam agenda Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). Selain itu, badan bukan kerajaan (NGO) dari Turki dan Malaysia bekerjasama di lapangan untuk menyediakan bantuan kemanusiaan kepada Orang Islam Rohingya yang berada di Bangladesh,” katanya. – BERNAMA

Tags: Dr Merve Safa KavakciTurki
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Bagaikan Kiamat”-Saksi, Angka Korban Gempa Bumi Lepasi 4,300

“Bagaikan Kiamat”-Saksi, Angka Korban Gempa Bumi Lepasi 4,300

07/02/2023
0

HATAY : Pasukan penyelamat di Turkiye dan Syria dikatakan menggali kawasan runtuhan tanpa bantuan teknikal atau hanya dengan tangan kosong...

53 Terkorban, Puluhan Bangunan Runtuh Di Turki, Syria

53 Terkorban, Puluhan Bangunan Runtuh Di Turki, Syria

06/02/2023
0

ANKARA – Satu gempa bumi kuat berukuran 7.8 pada skala Richter menggegarkan tenggara Turki semalam, kata Pusat Kajian Geologi Amerika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd