• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ditipu Beli Tiket Loteri Sehingga Lebih RM20,000

oleh Ahmad Albab
30/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Teruja mahu memenangi hadiah menyebabkan seorang peniaga kerugian lebih RM20,000 yang kononnnya sebagai bayaran untuk membeli tiket nombor ekor.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 22 tahun itu diperdayakan seorang lelaki yang menghubunginya menerusi media sosial WeChat pada 2 Mac lepas.

“Suspek mendakwa tiket loteri yang dibeli mangsa hampir memenangi hadiah dan mendakwa dia boleh membantu mangsa membeli tiket yang pasti menang dengan bayaran RM250.

“Mangsa kemudiannya dihubungi beberapa kali bermula 8 Mac hingga Rabu lepas untuk memasukkan lebih banyak wang tunai yang akhirnya berjumlah RM20,686.70,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Wazir berkata mangsa akhirnya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis semalam, selepas menyedari dirinya ditipu kerana tidak menerima hadiah selain panggilannya disekat oleh suspek.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: kes tipu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hasrat Buka Bisnes Lebur Ditipu Firma Kewangan ‘Hantu’

25/12/2018
0

KUANTAN - Hasrat seorang pengasuh untuk memulakan perniagaan sendiri tidak kesampaian apabila diperdayakan syarikat pemberi pinjaman kewangan tidak wujud. Ketua...

Peguam Rugi Lebih RM100K Ditawar Pakej Percutian Tidak Wujud

22/12/2018
0

KUANTAN - Seorang peguam wanita mengalami kerugian RM107,500 selepas diperdaya oleh seorang individu yang menawarkan pakej percutian yang tidak wujud...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd