Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

PM Lancar Program SemarakNiaga...

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri melancarkan inisiatif Semarak Niaga Keluarga Malaysia (SemarakNiaga) bernilai...

Iklan Jangan Buang Sampah...

KALAU diperhatikan memang ramai individu yang gemar membuang sampah merata-rata. Macam tak belajar sivik...

Polis Kesan Seorang Lagi...

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan seorang lagi pelajar berhubung kes merakam dan...

PRU15: Anwar Beri Jaminan...

KUALA LUMPUR : Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan...

Disangka ‘Makhluk Jadian’, Harimau Sumatera Dibunuh

MALANG nasib seekor harimau Sumatera apabila dibunuh secara kejam di sebuah perkampungan di Sumatera Utara kerana menyangka haiwan itu adalah manusia jelmaan harimau atau siluman.

Jakarta Post melaporkan, harimau jantan daripada spesies terancam itu dibunuh dengan tombak dan dikeluarkan isi perut oleh penduduk di Hatupangan, Batang Natal sebelum bangkainya digantung di dewan orang ramai di kampung terbabit, Ahad lalu.

Ketua Daerah Batang Natal, Lion Muslim Nasution berkata, penduduk tahu harimau itu adalah spesies terancam dan dilindungi kerajaan tetapi mereka takut kerana terdapat khabar angin mengenai siluman yang berkeliaran di kampung berkenaan.

“Harimau itu tidur di bawah rumah sebelum beberapa penduduk menikam perutnya beberapa kali menggunakan tombak,” katanya kepada portal berkenaan.

Sementara itu, pengarah Badan Pemuliharaan Sumber Alam (BKSDA) Sumatera Utara, Hotmauli Sianturi memberitahu, beberapa hari sebelum kejadian pihaknya cuba menasihati penduduk supaya tidak membunuh harimau itu.

“Kami termasuk pegawai Tentera Nasional Indonesia ada berbincang dengan penduduk tetapi mereka tidak mendengar nasihat kami.

“Selepas membunuh haiwan tersebut, penduduk menggantung bangkainya untuk tatapan. Ia amat dikesali,” jelasnya.


Difahamkan, beberapa organ dalaman termasuk hati dan bahagian kulit di kepala serta paha turut hilang dari bangkai haiwan tersebut.

Sementara itu, pengarah eksekutif Yayasan Scorpion, Gunung Gea kesal dengan tindakan kejam penduduk yang membunuh dan menggantung bangkai haiwan itu di dewan.

Harimau Sumatera antara spesies terancam dan bilangan haiwan itu menurut Kesatuan Antarabangsa Bagi Pemulihan Alam Semula Jadi (IUCN) dianggarkan tidak lebih 600 ekor. – MYNEWSHUB.CC

Kategori