• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, February 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dengan Strider Bike, Anak-Anak Boleh Ketepikan Gajet

oleh
27/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERING kali anak-anak didedahkan dengan gajet yang dianggap mudah membantu ibu bapa mengawal anak-anak. Namun kehidupan anak-anak pasti akan suram jika tidak didedahkan dengan aktiviti luar termasuklah Strider Bike.

Strider Bike atau nama asalnya Balance Bicycle dicipta untuk membantu kanak-kanak dengan cara mengemudi basikal tanpa pengayuh dan rantai seperti yang sedia ada pada basikal biasa.

Strider Bike dilengkapi dengan topi keselamatan kepada penunggangnya.

Ujian keselamatan telah dilakukan dengan menetapkan ketinggian Strider Bike yang paling rendah dan bingkai kaki yang utuh sesuai untuk kanak-kanak.

Paling penting dalam Strider Bike, anak-anak dilatih untuk mengawal keseimbangan badan selain menguatkan otot-otot kaki serta meningkatkan stamina mereka.

Satu kajian di University of South Dakota, sekumpulan kanak-kanak dilatih dengan Strider bike didapati terdapat perubahan yang baik dalam kestabilan sehinggakan anak-anak tersebut dapat mengangkat kakinya dan meluncur dengan yakin.

Apa yang menyeronokkan dalam Strider Bike adalah aktiviti diluar rumah ini boleh dilakukan di kawasan permukaan rata samada di kawasan tanah, berumput atau jalan raya.

Terdapat lima kelebihan bagi anak-anak apabila melakukan aktiviti Strider Bike ini berdasarkan laporan dalam portal Strider Bikes.

  1. Yakin pada diri sendiri
  2. Kebebasan untuk bergerak
  3. Belajar menghadapi cabaran
  4. Merasai suasana persekitaran
  5. Berada dalam keluarga Strider Bikes

Lapor portal tempatan, di Denmark, anak-anak seawal usia satu tahun setengah sudah diperkenalkan dengan Strider Bike.

Malah aktiviti mencabar ini bagi kanak-kanak juga turut mendapat tempat di Jepun dalam kalangan masyarakat tersebut dan dianggap unik.

Bukan hanya pertandingan dalam peringkat negara, bahkan Strider Bike telah dijadikan sebagai satu permainan yang dipertandingkan hingga peringkat dunia.

Tidak terlepas juga Di Malaysia, turut mengadakan Strider Cup Malaysia atau PushBike Tournament.

Kesemua penunggang Strider Bike boleh berkumpul dan masing-masing boleh mengasah kemahiran berlumba mengikut kategori dari umur dua hingga enam tahun.

Selain seronok berbasikal, pastinya anak-anak teruja dengan hadiah yang hendak diperoleh dalam aktiviti yang dipertandingkan tersebut.

Aktiviti Strider Bike ini jelas mempunyai banyak kelebihan berbanding permainan gajet yang mampu membuka minda lebih luas dan melatih ketahanan buat anak-anak. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: gajetStrider bike
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ustaz Ebit Lew Terima 43,000 Mesej Mohon Bantuan Tablet

22/01/2021
0

SHAH ALAM - Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew memaklumkan menerima 43,000 mesej atau lebih tepat 43,000 individu yang memerlukan kelengkapan...

Ibu Bapa Perlu Budayakan Etika Sihat Guna Gajet

27/11/2018
0

KENINGAU - Ibu bapa perlu membudayakan etika dan peraturan sihat dalam penggunaan gajet serta pelayaran siber dalam institusi keluarga masing-masing...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd