• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dapat Hak Milik Tanah Jalan Semarak Minggu Depan

oleh Ahmad Albab
04/03/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dijangka mendapat kembali hak milik tanah agensi berkenaan di Jalan Semarak, minggu depan.

Mengesahkan perkara tersebut, Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata urusan penukaran semula nama pemilik tanah di Jalan Semarak itu dijangka selesai dalam tempoh seminggu.

“Minggu depan, InsyaAllah selesai. Menjelang minggu hadapan semua (dijangka) selesai. Saya akan tunjuk bukti geran pendaftar di Kuala Lumpur, tidak bolehlah dekat Johor,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Karnival Orang Felda Sembrong Kita di padang Felda Ulu Penggeli, dekat sini hari ini.

Shahrir berkata pihaknya mengambil tempoh dua bulan untuk menyelesaikan pemilikan tanah itu selepas menandatangani perjanjian dengan pemaju Kuala Lumpur Vertical City (KLVC), Synergy Promenade Sdn. Bhd. (SPSB).

Ditanya sama ada laporan polis akan ditarik balik berikutan pemindahan hak milik tanah itu hampir selesai, beliau berkata penyiasatan akan diteruskan memandangkan pihak polis dan siasatan dalaman Felda percaya terdapat unsur meragukan dalam proses pindah milik tanah itu sebelum ini.

Bulan lepas, Felda dilaporkan akan memperoleh tanahnya tanpa kos di Jalan Semarak daripada SPSB.

Isu hak milik tanah Felda itu terbongkar pada Disember lepas, apabila sebuah akhbar tempatan mendedahkan Felda berisiko kehilangan tanah miliknya bernilai RM270 juta itu bagi tujuan pembangunan KLVC menerusi transaksi pindah milik yang diragui sejak 2015.

Terdahulu pada majlis berkenaan, Shahrir berkata 461 peneroka daripada enam tanah rancangan Felda di Parlimen Sembrong menerima hak milik geran tanah mereka.

Sehingga kini, 1,677 daripada 2,285 peneroka Felda di Sembrong sudah menerima geran tanah masing-masing.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Anggota Parlimen Sembrong yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. – BERNAMA

Tags: Feldaisu tanah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Najib PM Paling Banyak Bantu Kaum Cina – Rahman

Next Post

44 Sekolah Kurang Murid Bakal Dipindahkan

Related Posts

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

14/07/2024
1

SERDANG : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju menyalurkan peruntukan RM100 juta kepada FELDA untuk menampung kos pengoperasian ladang...

Anwar Sangkal Muhyiddin Berkaitan Pelupusan Hutang FELDA

Anwar Sangkal Muhyiddin Berkaitan Pelupusan Hutang FELDA

08/07/2023
0

Sintok : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dengan pendirian bahawa hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion tidak pernah...

Next Post

44 Sekolah Kurang Murid Bakal Dipindahkan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd