PENGACARA dan ahli perniagaan, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-45 tanpa suami di sisi, Zain Saidin.
Anak jati kelahiran Alor Setar, Kedah itu berkata, ketiadaan suami tercinta ketika sambutan itu disebabkan Zain perlu berada di China atas urusan perniagaan.
“Saya akan berlepas ke London bersama anak-anak dan keluarga untuk menyambut ulang tahun hari lahir saya yang jatuh pada 9 Mac ini.
“Bagaimanapun Zain tidak dapat bersama-sama meraikannya kerana dia akan ke China atas urusan perniagaan,” jelas Che Ta dipetik sebuah portal hiburan online.
Menurut Che Ta lagi, Zain bagaimanapun telah memberi keizinan kepadanya untuk menyambut hari kelahirannya di sana dan difahamkan tahun ini adalah kali kedua beliau meraikan hari bahagia itu tanpa kehadiran suami di sisi.
Dalam perkembangan lain, Che Ta kini telah dilantik menjadi duta terbaharu Nell Aesthetica Conception Age Lock Concentrated Serum selain dipilih menjadi ikon Kedah bersama pelakon Janna Nick. – MYNEWSHUB.CC/AM