• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CEO FB Mohon Maaf, Skandal Salah Guna Data Pengguna

oleh Ahmad Albab
26/03/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SAN FRANCISCO – CEO Facebook, Mark Zuckerberg, pada Ahad telah memohon maaf menerusi iklan halaman penuh dalam beberapa akhbar di Britain dan Amerika Syarikat (AS) berhubung skandal penyalahgunaan data yang menjerumuskan syarikat media sosial terbesar di dunia itu di bawah tekanan yang amat hebat.

Iklan Facebook itu muncul dalam akhbar seperti Observer, Sunday Times, Mail on Sunday, Sunday Mirror dan Sunday Express di Britain serta New York Times, Washington Post dan Wall Street Journal di AS, lapor agensi berita China Xinhua.

“Anda mungkin telah mendengar mengenai satu aplikasi kuiz yang dibangunkan oleh seorang penyelidik universiti yang membocorkan data jutaan pengguna Facebook pada 2014,” kata iklan yang ditandatangani Zuckerberg, merujuk kepada syarikat perunding Britain, Cambridge Analytica, yang didakwa memanipulasi data Facebook semasa kempen pilihan raya presiden AS pada 2016.

“Ini merupakan satu perbuatan pecah amanah, dan saya minta maaf kerana tidak mengambil tindakan selanjutnya pada masa itu. Kami kini mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi memastikan perkara ini tidak akan berulang,” kata Zuckerberg dalam iklan itu.

Beliau berkata Facebook kini telah mengehadkan aplikasi daripada mendapatkan data pengguna ketika mereka daftar masuk, dan akan memantau setiap aplikasi yang mempunyai akses kepada set data yang besar.

“Jika mengesan pesalah lain, ia akan menyekat mereka dan memaklumkan pengguna yang terjejas,” katanya.

Permohonan maaf Zuckerberg dibuat beberapa selepas Facebook dikritik kerana gagal melindungi data lebih 50 juta pengguna.

Data itu dikatakan telah disalah guna oleh Cambridge Analytica dalam aktiviti yang didakwa berkaitan dengan kempen pilihan raya Presiden AS, Donald Trump pada 2016. – BERNAMA

Tags: facebookMARK ZUCKERBERG
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

89 Warga Asing Ditahan Di Bukit Mertajam

Next Post

Hawaii Lokasi Bulan Madu Paling Popular 2017

Related Posts

Tony Fernandes Kesal Video Palsu Yang Tular, Bidas Facebook

Tony Fernandes Kesal Video Palsu Yang Tular, Bidas Facebook

24/05/2024
0

Ketua pegawai eksekutif Capital A Bhd, Tony Fernandes membidas Facebook kerana membiarkan video palsu mengenainya menjadi tular. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

Satu Kematian Akibat Kes COVID-19 Baharu Di Johor

Timbalan Perdana Menteri Jadi Mangsa Sekali Lagi

25/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini memaklumkan akaun Facebook (FB) yang menggunakan gambar profil beliau...

Next Post

Hawaii Lokasi Bulan Madu Paling Popular 2017

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd