Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Ibu Harap Acap Dijumpai...

IPOH - Biarpun esok genap sebulan Mohammad Ashraf Hassan, 29, hilang semasa menyertai...

Masyarakat Iban Tuntut Kumpulan...

PROGRAM realiti Maharaja Lawak Mega (MLM 2017) baharu sahaja membuka tirainya Jumaat lalu,...

Curi Blazer, Pekerja Restoran...

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja restoran makanan segera dipenjara sehari dan didenda RM500...

Aliran Harga Getah Menurun...

KUALA LUMPUR – Pasaran getah Malaysia dijangkakan tidak banyak berubah minggu depan, namun...

89 Warga Asing Ditahan Di Bukit Mertajam

GEORGE TOWN – Seramai 89 warga asing termasuk mereka yang menjalankan perniagaan di dalam sebuah pusat membeli-belah di Bukit Mertajam, dekat sini ditahan dalam Op Mega 2.0 semalam.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang Khwaja Banthey Navaz Mohamed Haneef berkata dalam operasi bermula pukul 6 petang itu, seramai 89 individu terdiri daripada 67 rakyat Myanmar; Pakistan (10); Nepal (lima), Bangladesh (empat) dan tiga warga Indonesia ditahan.

“Sebanyak 45 premis perniagaan termasuk kedai runcit dan restoran yang dikendalikan warga asing telah diperiksa dalam operasi berkenaan yang turut disertai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri dan bahagian perlesenan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

“Semua yang ditahan itu berusia antara 18 hingga 40 tahun kerana melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen antaranya tiada dokumen perjalanan diri, tinggal lebih masa dan menyalah guna pas lawatan sosial,” katanya di sini hari ini.

Katanya suasana di dalam kompleks berkenaan juga tidak seperti biasa kerana barangan seperti sayur-sayuran, buah pinang, sireh serta rebung dijual di setiap tingkat sehingga menghasilkan bau kurang menyenangkan mirip pasar basah. – BERNAMA

Kategori