• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cef Main Peranan Promosi Hidangan Tradisional Malaysia

oleh Ahmad Albab
07/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Cef di seluruh negara memainkan peranan penting dalam usaha mempromosikan hidangan tradisional Malaysia terutamanya ke persada antarabangsa, titah Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Justeru baginda bertitah cef disaran supaya mengumpul pelbagai resepi tradisional turun temurun rakyat di negara ini untuk dipromosikan, selain memastikan resepi itu tidak dilupakan terutamanya oleh generasi masa kini.

“Setiap negeri mempunyai pelbagai jenis makanan istimewa terutama hidangan tradisional yang mencerminkan identiti serta keunikan tersendiri…kita pernah didatangi penjajah termasuk Inggeris, Belanda dan Portugis menyebabkan masakan kita menjadi fusion namun masih mempunyai keistimewaan tersendiri.

“Ini dapat merancakkan pembangunan industri pelancongan selain menarik lebih ramai pelancong ke negara ini. Orang (pelancong) kalau berkunjung ke Malaysia nak makan (makanan tradisi) seperti tempoyak dan asam pedas, jadi Malaysia ada semuanya,” titah baginda pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu Tunku Aminah berkenan merasmikan Kelab Chef Melaka (MCC) di Melaka Raya di sini yang baginda merupakan penaung kelab tersebut dalam majlis yang turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dan Presiden MCC Rizwandy Perin.

Pada majlis sama, Tunku Azizah turut berkenan menyampaikan Anugerah Tourism Hero kepada Idris atas komitmen dan jasa beliau menjadikan Melaka sebagai negeri pelancongan terkemuka di seluruh dunia.

Sementara itu baginda bertitah penubuhan MCC diharap dapat mencungkil lebih ramai bakat baharu terutamanya di kalangan generasi muda yang berpotensi untuk dibentuk menjadi seorang chef terkenal di dalam serta luar negara.

“Masalah orang kita tak nak berkongsi resipi, semuanya rahsia. Namun dengan MCC, cef yang dah berpengalaman luas dapat mengajar, menurunkan ilmu dan berkongsi resipi sekali gus mengekal dan mempromosikan makanan tradisi di negara ini.

“Kita kena tunjuk pada dunia, masakan (Malaysia) yang berbilang kaum yang sedap-sedap. Bagi saya cef di Malaysia ini semua keluarga saya,” titah Tunku Azizah. – BERNAMA

Tags: Tunku Azizah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah Ke Istiadat Pemakaman Ratu Elizabeth II

Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah Ke Istiadat Pemakaman Ratu Elizabeth II

15/09/2022
0

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah...

Lambang Cinta Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah

31/01/2019
0

SELAIN kata-kata manis, pelbagai cara lain dilakukan seorang suami dalam menzahirkan perasaan cinta buat isteri dan sejarah menjadi bukti bagaimana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd