• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budak 9 Tahun Tembak Kakak Tiru Aksi ‘Video Game’

oleh
21/03/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GARA-GARA berebut alat kawalan pemain video, seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun telah menembak belakang kepala kakaknya di utara Mississippi, Amerika Syarikat.

Lapor Astro Awani, kejadian tersebut berlaku selepas kanak-kanak lelaki berkenaan naik angin apabila kakaknya yang berumur 13 tahun enggan memberikan alat kawalan permainan itu kepadanya.

Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Kanak-kanak Le Bonheur di Memphis bagi mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, tembakan yang tepat mengenai otak mangsa telah menyebabkan mangsa kemudian disahkan sebagai tidak lagi bernyawa.

Kejadian malang itu dilaporkan berlaku pada Sabtu lepas tetapi hanya disebarkan kepada media Ahad lepas.

Semasa kejadian, ibu kedua-dua beradik tersebut sedang menyuapkan makanan kepada anaknya yang lain.

Misteri keberadaan pistol yang didapati oleh kanak-kanak lelaki tersebut masih lagi dalam siasatan pihak polis dan menjadi tanda tanya orang ramai.

Menurut pihak berkuasa, Sheriff Cecil Cantrell dari Monroe County, pihaknya masih menyiasat tindakan kanak-kanak lelaki tersebut.

“Kanak-kanak lelaki itu hanya berusia sembilan tahun. Saya beranggapan, dia mungkin meniru aksi di televisyen atau permainan video.

“Saya juga tidak tahu sama ada kanak-kanak itu sedar apa yang dia lakukan. Saya tidak mampu menjawabnya. Kejadian ini adalah satu tragedi,” katanya. –  MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: menembakPermainan Video
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pandelela Mahu Perbaiki Pencapaian Di Gold Coast

Next Post

Hampir 2,000 Agensi Laksana Ikrar Bebas Rasuah

Related Posts

PS5 Sony Akan Dilancarkan November Ini

17/09/2020
0

SAN FRANCISCO - PlayStation 5 (PS5) Sony yang dinanti-nantikan 'penggemar permainan video' akan dilancarkan pada November ini. Ia sekali gus...

Pemilik Koleksi Permainan Video Terbesar Dunia

06/04/2019
0

RICHMOND - Seorang peminat tegar permainan video telah diiktiraf Guinness World Records sebagai pemilik koleksi permainan video terbesar di dunia...

Next Post

Hampir 2,000 Agensi Laksana Ikrar Bebas Rasuah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd