• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gempar Puluhan Degil Minum Arak Secara Rahsia

oleh
17/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANDAR SERI BEGAWAN – Meskipun sudah diharamkan penjualannya dan dilarang minum arak secara terbuka, namun masih ada lagi ingkar biadab menghina undang-undang syariah di Brunei.

Terbaharu, rakyat negara itu gempar apabila puluhan orang berjaya ditahan Polis Diraja Brunei (PDB) di dua buah hotel kelmarin, sekali gus mencabar hukum Islam yang ketat dilaksanakan di negara kecil kaya minyak tersebut.

Untuk rekod, Brunei mencatatkan sifar peminum arak dalam kalangan rakyatnya sejak 2012, bahkan tiada produk alkohol dijual di seluruh negara, tetapi warga asing bukan Islam diizinkan minum air itu yang dibeli dari Malaysia.

Bagaimanapun ia perlu diisytiharkan kepada Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Brunei di sempadan dengan syarat hanya membawa sebanyak dua botol standard dan 12 tin kecil yang perlu dihabiskan dalam tempoh 48 jam sahaja.

Malangnya ada berdegil dan media tempatan melaporkan, kegiatan pusat hiburan secara haram itu dibongkar dalam operasi khas di Hotel Palm Garden, Kiulap dan Hotel Mulia di Anggerek, Berakas, dengan 68 individu ditahan.

Serbuan mengejut melibatkan dua lokasi berkenaan dijalankan oleh pasukan PDB Daerah Brunei Muara bersama-sama dengan pihak ibu pejabat Jabatan Siasatan Jenayah, PDB itu turut mendedahkan aktiviti maksiat di situ.

Semasa operasi di Hotel Palm Garden, pihak PDB dapat membongkar operasi pusat hiburan yang diharamkan kerajaan, malah menjalankan kegiatan tidak bermoral di salah sebuah bilik penginapan pelanggan di tingkat tiga.

Serbuan berkenaan juga mendapati aktiviti penjualan minuman keras, menyaksikan seramai 25 orang suspek terdiri daripada 14 warga tempatan dan 11 orang rakyat asing yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun dicekup.

Baca: Brunei Kempen Murid Minum Air Kosong, Bukan Milo

Juga: Banyak Negara Tak Cuti Krismas Tapi Cuma Brunei Dihentam

Turut ditemui penyiasat PDB adalah bermacam-macam jenama minuman keras import yang dipercayai diperoleh secara tanpa permit sah dikeluarkan oleh pihak kastam atau ada kebenaran khas Kementerian Kewangan Brunei.

Manakala serbuan kedua di tingkat dua Hotel Mulia juga telah berhasil menahan seramai 43 orang suspek terdiri daripada masing-masing 35 orang lelaki dan lapan orang perempuan meliputi warga tempatan dan rakyat asing.

Kesemua suspek telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis Pusat di sini bagi siasatan lanjut. Kes tersebut disiasat di bawah Akta Lesen Hiburan Awam Penggal 181 dan jika disabitkan kesalahan, boleh dijatuhi hukuman denda.

Mahkamah lazimnya mengenakan denda tidak lebih B$10,000 (kira-kira RM29,681). Namun jika pesalah beragama Islam dan terbukti minum arak, dia boleh dihukum sebat 40 kali mengikut Kanun Hukuman Jenayah Syariah.

PDB dalam kenyataannya mengingatkan orang ramai bahawa negara Islam itu melarang tegas perniagaan minuman keras secara terbuka mahupun secara tertutup, bahkan ia merupakan satu kesalahan berat di bawah akta tertentu.

Sehubungan itu, PDB menyeru masyarakat setempat agar aktif memberikan kerjasama padu dalam mengongsikan maklumat tentang apa jua aktiviti warganya yang jelas menyalahi undang-undang selain kegiatan tidak bermoral.

Pihaknya juga sentiasa memantau dan memastikan gejala negatif itu dibanteras sejajar titah perintah Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah ketika pelaksanaan undang-undang Islam pada 2013 lalu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: BruneiSultan Hassanal Bolkiah
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Agong, Permaisuri Buat Lawatan Negara Ke Brunei Esok

Agong, Permaisuri Buat Lawatan Negara Ke Brunei Esok

12/10/2024
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah akan mengadakan lawatan negara ke Brunei...

PM Terharu Kunjungan Sultan Brunei

PM Terharu Kunjungan Sultan Brunei

28/11/2022
0

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui terharu dengan semangat persahabatan luar biasa ditunjukkan Sultan Brunei, Sultan Hassanal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd