• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bom Lama Zaman Jepun Ditemui Di Lenggong

oleh AK-47
22/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GERIK – Sebutir bom lama jenis ‘military aerial’ ditemui oleh pekerja nurseri yang sedang mengorek tanah di Kampung Banggol Belimbing, Lenggong, dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Ismail Che Isa berkata pengadu bersama rakan sekerja menemui objek besi berbentuk seperti bom lama itu tertanam di dalam tanah ketika sedang mengorek tanah untuk membuat tapak semaian bunga pada 10 pagi.

Katanya pengadu telah datang ke Balai Polis Lenggong untuk membuat laporan mengenai penemuan itu pada 11.12 pagi.

“Sebaik menerima laporan sepasukan anggota polis diketuai seorang pegawai dan 15 anggota daripada Bahagian Persenjataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik dan Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak (IPK) pergi ke tempat penemuan bom itu pada 3.15 petang.

“Pemeriksaan mendapati bom seberat 14kg, panjang 57cm dan ukuran lilit 52cm ditemui pada jarak 100m dari jalan utama Lenggong-Kuala Kangsar, dipercayai bom tersebut digunakan pada zaman Jepun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ismail berkata bom itu berjaya diletupkan pada 4 petang tanpa sebarang kejadian tidak diingini. – BERNAMA

Tags: Bom
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

06/03/2025
1

SEOUL: Sekurang-kurangnya 15 orang awam cedera pada Khamis selepas sebuah Jet pejuang Korea Selatan secara tidak sengaja menggugurkan 8 bom...

Trump Sahkan Bom 907.2kg Dalam Perjalanan Ke Israel

Trump Sahkan Bom 907.2kg Dalam Perjalanan Ke Israel

26/01/2025
0

ISTANBUL - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengesahkan pada Sabtu bahawa "banyak perkara yang telah ditempah dan dibayar oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd