• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bob Lokman Terima Lawatan Mufti WP

oleh Haris
28/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DERITA dilalui pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman yang kini mempunyai masalah jantung dan paru-paru berair dan telah dikongsinya sendiri di laman Facebook sebelum ini membuatkan ramai orang bersimpati dengan keadaannya.

Entri yang menyayat hati itu menyebabkan ramai orang menyampaikan kata-kata semangat serta turut mendoakan kesembuhan terhadap penyakit yang dilaluinya itu.

Terbaharu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri juga turut meluangkan masa dengan menziarahi Bob yang sedang uzur dia kediamannya di Sungai Buloh, Selangor, pagi tadi.

Melalui perkongsiannya di Instagram, Zulkifli menceritakan bahawa Bob tetap berbesar hati menyambut kedatangannya walaupun keadaanya tidak berapa sihat.

Malah, dalam pertemuan singkat itu, dia dan Bob sempat berbincang berkenaan keluarga ulama tershor dari Kelantan, iaitu Tok Kenali.

Dalam waktu yang amat terhad pagi ni, kami sempat mengunjungi saudara Bob Lokman yang mengalami keuzuran di rumahnya. Walaupun begitu, beliau tetap menggagahkan diri menyambut kami dan sempat berbincang berkenaan keluarga Tok Kenali, seorang ulama tersohor Kelantan. Bob Lokman pernah mengunjungi kami di PMWP cawangan KL beberapa tahun lepas. Semoga Allah kurniakan kesihatan kepadanya. Mohon maaf kerana kehadiran agak mengejut dan tidak dapat berbual panjang kerana hambatan masa dan tugas.

A post shared by Datuk Dr. Zulkifli al-Bakri (@drzulkifli.albakri) on Mar 27, 2018 at 8:44pm PDT

“Dalam waktu yang amat terhad pagi ini, kami sempat mengunjungi saudara Bob Lokman yang mengalami keuzuran di rumahnya.

“Walaupun begitu, beliau tetapi menggagahkan diri menyambut kami dan sempat berbincang berkenaan keluarga Tok Kenali, seorang ulama tersohor Kelantan,” tulisnya.

Tambahnya, penulis lirik lagu Isabella nyanyian Search itu juga pernah hadir menziarahi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) untuk bertemu dengannya beberapa tahun lalu.

“Bob Lokman pernah mengunjungi kami di PMWP cawangan Kuala Lumpur beberapa tahun lepas.

“Semoga Allah kurniakan kesihatan kepadanya. Mohon maaf kerana kehadiran agak mengejut dan tidak dapat berbual panjang kerana hambatan masa dan tugas,” jelasnya.

Di ruangan komen posting daripada mufti itu, orang ramai turut sama-sama mendoakan semoga Bob cepat sembuh dari penyakitnya.

Pada Isnin lalu, Bob atau nama sebenarnya, Mohd Hakim Lokman berkongsi keadaan kesihatannya yang semakin merudum selain turut meluahkan bahawa dia tidak akan merasai kegembiraan seperti dahulu lagi.

Sejak berita berkenaan kemasukannya ke wad pada awal tahun ini, Bob telah menerima beberapa bantuan kewangan daripada pelbagai pihak termasuk teman rapat serta saudara maranya.

Kami di Mynewshub juga ingin mendoakan supaya kesihatan Bob pulih seperti biasa dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa bersama keluarga tersayang. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: Bob LokmanMufti Wilayah Persekutuansakit
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Murah Rezeki, Sufian Dapat Tawaran Lanjut Pengajian

Next Post

Bakat Lagi Penting, Elisya Tak Mahu Dibayangi Fasha

Related Posts

Hukum Renjis Air Ruqyah Pada Kenderaan Diharuskan Syarak – Mufti Wilayah Persekutuan

Hukum Renjis Air Ruqyah Pada Kenderaan Diharuskan Syarak – Mufti Wilayah Persekutuan

01/05/2024
0

Kuala Lumpur : Hukum merenjis atau membilas kenderaan dengan air dibaca ruqyah mengandungi ayat al-Quran dan zikir adalah dibenarkan dan...

Isu Kafir: Menteri Agama Nasihat Ikut Pandangan Mufti Wilayah Persekutuan

Isu Kafir: Menteri Agama Nasihat Ikut Pandangan Mufti Wilayah Persekutuan

02/04/2024
0

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar meminta semua pihak tidak...

Next Post

Bakat Lagi Penting, Elisya Tak Mahu Dibayangi Fasha

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd