• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Terengganu Perlu Kerja Keras – Hishammuddin

oleh AK-47
01/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Barisan Nasional (BN) Terengganu perlu bekerja keras untuk memastikan BN terus memegang tampuk pemerintahan kerajaan negeri pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata dengan hanya kelebihan dua kerusi berbanding pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri, BN perlu sedar dan insaf mereka perlu bekerja keras bagi memastikan kemenangan selesa dapat dicapai pada PRU akan datang.

“Kita mesti sedar dan insaf kita sebenarnya tidak berada di dalam zon selesa dan masih lagi dalam keadaan ‘berperang’.

“Ketepikan pertimbangan peribadi dan dahulukan parti… kita tidak mahu hanya UMNO sahaja yang bersemangat tetapi semua komponen BN, MCA, MIC, Gerakan perlu bersama kerana kita dalam satu bahtera dan kita tidak akan biarkan kawan-kawan kita berperang sendirian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen BN Terengganu 2018 yang dihadiri oleh kira-kira1,100 anggota BN negeri di sini, hari ini. Turut hadir Pengerusi BN dan UMNO Negeri merangkap Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan semua kepimpinan parti komponen BN Terengganu.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata komponen BN negeri perlu menguatkan jentera parti dengan mengadakan persiapan rapi dan pelan tersusun bagi menghasilkan gerakan yang lebih inklusif dan mantap.

Justeru, katanya, Konvensyen BN Terengganu yang pertama kali diadakan itu diharap dapat meningkatkan lagi penyatuan komponen BN bagi membuat persiapan awal untuk menghadapi PRU14.

“Konvensyen ini bukan diadakan untuk seronok-seronok tetapi kita mahu lihat ia sebagai persiapan awal BN Terengganu kerana kita bakal berdepan ujian paling berat dalam sejarah (PRU)… saya mahu lihat semua komponen bangkit dengan tahap luar biasa dan pastikan kemenangan BN,” katanya. – BERNAMA

Tags: BN TerengganuDatuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seramai 6,252 bekas pimpinan dan ahli pelbagai peringkat termasuk Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Khairy Jamaluddin dan...

BN Terengganu Terima, Hormati Keputusan Kalah PRN

BN Terengganu Terima, Hormati Keputusan Kalah PRN

13/08/2023
0

KEMAMAN : Barisan Nasional (BN) Terengganu menerima dan menghormati keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang tidak memihak kepada gabungan parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd