• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bintang Arsenal Jutawan, Tapi… Emak Gelandangan!

oleh AK-47
06/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IBU bintang muda kelab bola sepak Liga Inggeris, Arsenal iaitu Ainsley Maitland-Niles, mendakwa disisihkan anaknya sehingga terpaksa hidup gelandangan di dalam sebuah kontena yang dijadikan stor.

Jules Niles, 38, memberitahu portal Daily Mail, anaknya yang menerima gaji £30,000 (RM161,966) seminggu enggan menjadi penjamin untuk membolehkan dia menyewa sebuah rumah flat.

Pun begitu, Ainsley, 20, bersama adiknya, Cordi tinggal di apartmen mewah bernilai £700,000 (RM3.76 juta), namun Jules terpaksa mencuri masuk ke gudang Big Yellow Storage untuk tidur di dalam sebuah tempat penyejuk yang tidak digunakan.

Dia juga menyambut perayaan Krismas di tempat yang sejuk itu seorang diri dan makan malam di sebuah pusat untuk gelandangan berhampiran untuk menerusikan hidup.

Jules memberitahu, dia mula tinggal di kotak besi itu sejak tiga bulan lalu selepas hubungan dengan pemain tengah bernilai £15 juta (RM81 juta) terbabit mulai renggang.

“Anak saya boleh membelikan saya sebuah rumah flat dengan dua minggu atau dua bulan gajinya.

“Bagaimanapun, apabila wang menguasai dirinya, saya berada di dalam situasi ini.

“Anak saya bermain untuk Arsenal, sementara saya pula tidak berumah dan tinggal di dalam tempat penyimpanan barang,” jelasnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ArsenalIbu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

Ibu Zara Qairina Menitis Air Mata Semasa Proses Pengecaman

Ibu Zara Qairina Menitis Air Mata Semasa Proses Pengecaman

10/08/2025
0

KOTA KINABALU - Noraidah Lamat, ibu kepada Zara Qairina Mahathir, menitiskan air mata melihat wajah anaknya semasa proses pengecaman dibuat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd