• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bila Melawan Sebab Kepentingan Dan Kuasa

oleh Haris
05/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DALAM politik, ada masanya kesetiaan dan permusuhan boleh berubah secara tiba-tiba apabila kepentingan diri menjadi lebih penting atau survival menuntut mengubah kesetiaan.

Kepentingan ini ada masanya ialah kepentingan yang perlu dipelihara dan diperjuangkan, dan bukan hanya kepentingan yang singkat dan bersifat peribadi.

Tetapi yang paling teruk ialah berubah-ubah beberapa kali demi kepentingan diri semata-mata, menyokong bila mendapat habuan dan dengan pantas berubah pendirian menentang pula apabila kepentingan diri tidak dipenuhi.

Dalam kes 1MDB yang dipolitikkan, ramai orang politik yang mengulas isu ini dan mengambil pendirian semata-mata atas faktor politik.

Paling ramai ialah dari kalangan pembangkang yang semata-mata mengecam Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak atas isu 1MDB kerana mahu melihat UMNO dan Barisan Nasional terus diburukkan dan dapat dijatuhkan.

Ramai yang sebenarnya tidak tahu perincian apa yang sebenarnya berlaku, siapa yang terlibat, atau sama ada PM Najib mempunyai kaitan atau tidak dengan isu-isu yang digembar-gemburkan di media pembangkang dan media asing.

Di kalangan ahli politik pembangkang, tindakan Zahid Mat Arip boleh dikatakan bertindak atas kepentingan diri dan kroninya apabila mengulas isu 1MBD dan mengaitkan pemimpin-pemimpin UMNO dengan dana pelaburan ini.

Zahid pernah mengatakan yang kes Felda ditimbulkan untuk mengalih perhatian dari isu 1MDB.

Beliau juga mengeluarkan kata kesat terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa mengulas mengenai 1MDB. Bukan main kerasnya kenyataan Zahid mengutuk PM dan TPM atas isu 1MDB.

Kenapa Zahid membela Felda dan pada masa yang sama menyerang pemimpin-pemimpin negara dengan mengaitkan 1MDB?

Tidak syak lagi, kerana Zahid sendiri pernah terlibat dalam urusniaga meragukan oleh Felda semasa menjadi orang kuat Tan Sri Isa Samad yang memegang jawatan Pengerusi Felda.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun lepas menahan Zahid yang telah keluar UMNO dan dilantik sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagi membantu siasatan berhubung pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) di Kuching, Sarawak.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata Zahid Mat Arip ditahan di pejabat SPRM Putrajaya selepas hadir memberi keterangan.

Menurut sebuah blog terkenal, “Zahid Mat Arip adalah antara pegawai khas yang kenyang dan kaya raya ketika Tan Sri Isa Samad menjadi Pengerusi Felda. Selepas diberhentikan dari Felda dan ‘dedak’ habis Zahid Mat Arip meroyan mengutuk kerajaan khususnya PM Najib dan akhirnya keluar UMNO menyertai PPBM serta dipungut menjadi AMPT PPBM.”

Zahid tidak henti-henti memburukkan kepimpinan negara atas isu 1MDB walaupun selepas ditahan SPRM.

Mungkin untuk menutup isu ditahan SPRM dan memburukkan imej parti sendiri, Zahid meneruskan serangan terhadap PM dan TPM.

Mungkin juga untuk menjaga kedudukan sendiri dalam PPBM apabila diri sendiri telah tercalar dengan kes korupsi.

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-14, PPBM juga mahu menjaga parti daripada imej buruk terpalit rasuah sedangkan ia sendiri tidak henti-henti mengaitkan pemerintah dengan gelaran “kleptokrasi”.

Soalnya, kenapa mudah benar Zahid menyeberang ke PPBM walaupun telah mendapat tempat yang selesa di Felda.

Takkanlah kerana sudah tidak ada kedudukan lagi, Zahid segera mencari tempat bernaung yang lain sehingga sanggup bersama PPBM yang menjadi sekutu DAP.

Nampak terlalu oportunis apabila mudah melompat-lompat parti, dari PKR kembali kepada UMNO dan kemudian dengan cepat boleh menyertai parti serpihan PPBM. – Mynewshub.cc/H

Tags: FeldaFelda Investment Corporation Sdn Bhd(FIC).SPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd