• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berkelayakan Boleh Mohon Lesen Khidmat Internet

oleh Ahmad Albab
29/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mana-mana pihak yang berkelayakan boleh memohon untuk mendapatkan lesen perkhidmatan internet talian tetap ataupun mudah alih, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Jailani Johari berkata oleh yang demikian tidak timbul isu monopoli dalam penawaran perkhidmatan internet talian tetap ataupun mudah alih oleh mana-mana pihak termasuk Telekom Malaysia.

“Kesemua pemegang lesen tertakluk kepada peruntukan dan syarat pelesenan yang terkandung di dalam Peraturan-Peraturan Perlesenan 2000 di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM).

“AKM 1998 menggalakkan persaingan yang sihat dan kompetitif dalam pembangunan industri komunikasi negara demi kepentingan para pengguna,” katanya semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementerian itu.

Beliau berkata setakat ini, sebanyak 170 lesen Pemberi Kemudahan Rangkaian dan 178 lesen Pemberi Perkhidmatan Rangkaian dikeluarkan bagi membolehkan pemegang-pemegang lesen berkenaan membina infrastruktur komunikasi yang menawarkan perkhidmatan jalur lebar di seluruh negara.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Razali Ibrahim dalam penggulungan bagi jabatan berkenaan menegaskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menerima sebarang bentuk bantuan atau dana daripada pihak asing.

Beliau berkata ini bagi mengelakkan sebarang campur tangan asing dalam proses pilihan raya di negara ini.

“Sekiranya wujud hubungan dengan negara luar yang melibatkan pilihan raya seperti jemputan sebagai pemerhati, ia hanya melibatkan Badan-Badan Pengurusan Pilihan Raya dari negara-negara yang terlibat,” katanya.

Persidangan Dewan Negara malam ini meluluskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V semasa merasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Parlimen Ke-13 pada 5 Mac lepas.

Persidangan Dewan Negara bersambung esok. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Jailani Johari
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemilihan UMNO: Jailani Tawar Diri Tanding Ahli MKT

Pemilihan UMNO: Jailani Tawar Diri Tanding Ahli MKT

01/03/2023
0

KUALA TERENGGANU: Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari menawarkan diri bertanding Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT)...

Hormati Keputusan Jailani Letak Jawatan – Razif

20/05/2018
0

KUALA TERENGGANU - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman menghormati pendirian Datuk Seri Jailani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd