• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beri Bantuan Kepada Rakyat Jangan Ikut Musim – Zahid

oleh Ahmad Albab
18/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATUK — Timbalan Perdana Menteri meminta semua parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak sekadar memberi bantuan kepada rakyat secara bermusim, terutama ketika menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 semakin dekat.

Pada masa sama, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang merupakan Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timba­lan Presiden UMNO itu turut meminta agensi kerajaan dan swasta menyusun jadual untuk program bantuan secara berkala kepada golongan sasar.

“Oleh kerana kita mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang, UMNO dan semua parti BN, kementerian dan agensi swasta hendaklah menyusun jadual agar soal kepedulian kepada rakyat tidak bermusim dan berjalan setiap tahun tidak kira ada perayaan atau musim menuai (pilihan raya).

“Saya harap jangan bantuan ini terhad pada hari ini sahaja dan saya mohon agar setiap isi rumah diberikan bantuan tidak kira miskin atau tidak miskin, kita mahu semua rakyat merasa bantuan dari biro kebajikan UMNO Malaysia,” katanya.

Turut hadir Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah yang merangkap Anggota Majlis Tertinggi UMNO.

Kira-kira 5,000 masyarakat daerah Bagan Datuk menerima manfaat menerusi program itu yang melibatkan keperluan asas kepada ibu tunggal, asnaf serta bantuan pendidikan untuk pelajar sekolah.

Pada masa sama, Ahmad Zahid turut meminta parti komponen BN mencontohi gerak kerja UMNO dalam membantu rakyat tanpa mengenal warna kulit, bangsa dan agama.

“Jangan jadikan parti yang dibentuk berlandaskan kpd hanya kaum tertentu itu hanya perjuangkan hak kaum masing-masing sahaja, sebaliknya perlu dilakukan untuk semua rakyat kerana mereka mengharapkan kita,” katanya. — BERNAMA

Tags: Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi...

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan kesediaan beliau untuk kembali kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd