• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berang Dengan Akaun Palsu, Syamsul Beri Amaran

oleh Haris
19/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMRAH sebagai seorang artis atau figura awam, adakalanya pasti perlu menghadapi ‘perangai’ manusia-manusia yang mempunyai terlalu banyak masa terluang membuka akaun media sosial menggunakan nama mereka.

Lebih membimbangkan, entri yang dilakukan individu tidak bertanggungjawab ini mampu menimbulkan persoalan dan memburukkan nama artis yang tidak mempunyai apa-apa peranan dalam perkara dilakukan.

Perkara ini terpaksa dilalui pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof yang nyata berang selepas ada pihak tidak bertanggungjawab mewujudkan akaun Facebook palsu menggunakan namanya.

Sekali lagi nama saya disalahguna oleh pihak tak bertanggungjawab di FB.Sebelumni pun dah banyak kali dah,kalini guna FB palsu atas nama saya utk buat kenyataan politik pulak. . Anda janganlah mudah percaya dgn fitnah yg mengaitkan nama sy dlm isu politik ataupun apa saja.Jangan mudah percaya sbab ramai buat fake Acc Syamsul Yusof. . SAYA TIADA LANGSUNG ACC FB PERIBADI.Saya cuma ada Fb acc utk FAN PAGE sahaja.Itupun ADMIN yg jaga. Jadi berhati-hatilah selepas ini. . JANGAN PAKSA SAYA UTK AMBIL TINDAKAN UNDANG2 ! STOP menyamar/salahguna nama sy di social media ! #TolongSebarkan

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm) on Mar 18, 2018 at 10:54pm PDT

Bukan itu sahaja, individu yang mengawal akaun berkenaan bertindak membuat kenyataan kontroversi berhubung isu politik yang jelas bukan dikeluarkan Syamsul.

Melalui akaun Instagramnya, Syamsul meminta netizen untuk tidak mempercayai fitnah yang ditimbulkan akaun berkenaan yang mengaitkan namanya dengan isu politik.

Malah, pelakon KL Special Force itu menegaskan perkara tersebut sebagai tidak benar sama sekali serta turut mendedahkan bahawa ini bukan kali pertama perkara ini berlaku.

“Sekali lagi nama saya disalahguna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di Facebook. Sebelum ini pun dah banyak kali dah, kali ini guna akaun palsu atas nama saya untuk buat kenyataan politik pula.

“Anda jangan mudah percaya dengan fitnah yang mengaitkan nama saya ni dalam isu politik atau apa sahaja. Jangan mudah percaya sebab ramai buat akaun palsu Syamsul Yusof,” tulisnya.

Tambah Syamsul, dia sememangnya tidak mempunyai sebarang akaun Facebook peribadi dan hanya mempunyai akaun peminat yang bukan diuruskan olehnya.

“Saya tiada langsung akaun Facebook peribadi. Saya cuma ada Facebook untuk peminat sahaja. Itu pun admin yang jaga. Jadi berhati-hati selepas ini,” katanya.

Dalam pada itu, Syamsul turut menegaskan bahawa dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang bertanggungjawab sekiranya isu ini berterusan memandangkan perkara tersebut memburukkan namanya.

“Jangan paksa saya untuk ambil tindakan undang-undang. Berhenti menyamar, salah guna nama saya di media sosial,” tulisnya lagi.

Tinjauan di laman Facebook mendapati terlalu banyak akaun palsu yang menyamar sebagai Syamsul dan beberapa darinya dilihat aktif membuat perkongsian memuat naik gambar yang diambil dari Instagram pelakon tersebut.

Tidak hairanlah jika para netizen menganggap akaun-akaun palsu ini sebagai Syamsul sendiri sekiranya tidak mengetahui fakta sebenar.

Apa-apa pun, diminta orang ramai lebih berhati-hati dan membuat kajian dahulu sebelum menyebarkan sesuatu perkara tiada bukti kesahihannya. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: akaun palsufacebookSyamsul Yusof
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pecat Penjawat Awam: Tindakan Kebudak-Budakan

Next Post

Tempoh Kempen PRU14 Ambil Kira Musim Perayaan

Related Posts

Tony Fernandes Kesal Video Palsu Yang Tular, Bidas Facebook

Tony Fernandes Kesal Video Palsu Yang Tular, Bidas Facebook

24/05/2024
0

Ketua pegawai eksekutif Capital A Bhd, Tony Fernandes membidas Facebook kerana membiarkan video palsu mengenainya menjadi tular. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

Satu Kematian Akibat Kes COVID-19 Baharu Di Johor

Timbalan Perdana Menteri Jadi Mangsa Sekali Lagi

25/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini memaklumkan akaun Facebook (FB) yang menggunakan gambar profil beliau...

Next Post

Tempoh Kempen PRU14 Ambil Kira Musim Perayaan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd