• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Presiden Perancis Ditahan Isu Dana Politik

oleh AK-47
21/03/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Bekas Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, kini ditahan polis untuk siasatan berhubung pembiayaan kempen pilihan raya beliau, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan media tempatan pada Selasa.

Sarkozy muncul buat kali pertama di depan majistret kewangan dalam komun Nanterre berhampiran Paris, sebagai sebahagian inkuiri sama ada beliau menerima pembiayaan tunai bagi kempen pilihan rayanya yang meraih kejayaan pada 2007 dari Libya, lapor akhbar Le Monde memetik kenyataan sumber badan kehakiman.

Satu inkuiri kehakiman dimulakan seawal April 2013 berkaitan penyelewengan yang disyaki berlaku dalam pembiayaan kempen bekas presiden itu selepas satu jurnal siasatan online, Mediapart, mendedahkan bahawa Libya telah menawarkan wang untuk membiayai kempen Sarkozy.

Pada 2016, seorang ahli perniagaan berketurunan Perancis Lubnan, Ziad Takieddine, membuat pendedahan kepada Mediapart bahawa beliau telah menyerahkan tiga beg mengandungi wang sebanyak lima juta euro (US$6.17 juta) dalam bentuk tunai, dari pemimpin Libya ketika itu, Allahyarham Muammar Gaddafi, kepada Sarkozy serta bekas ketua kakitangan merangkap pengarah kempen Sarkozy, Claude Gueant, antara 2006 dan 2007.

Takieddine berkata beliau telah memberi deposisi bertulis kepada hakim pada 12 Nov 2016, yang mengandungi butiran penyerahan wang tunai itu serta pertemuannya dengan kedua-dua individu.

Sarkozy, 63, menjadi Presiden Perancis dari Mei 2007 hingga Mei 2012. – BERNAMA

Tags: Nicolas SarkozyPerancis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perancis Perkenal Hidangan €1 (RM4.60) Untuk Pelajar Universiti

Perancis Perkenal Hidangan €1 (RM4.60) Untuk Pelajar Universiti

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub PARIS – Kerajaan Perancis memperluaskan skim makanan universiti berharga hanya €1 (sekitar RM4.60) kepada semua pelajar universiti dalam...

Misi Perdagangan Ke Perancis Jana Potensi Pelaburan RM4 Bilion, Eksport RM675 Juta

Misi Perdagangan Ke Perancis Jana Potensi Pelaburan RM4 Bilion, Eksport RM675 Juta

06/07/2025
0

KUALA LUMPUR - Malaysia berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM4 bilion dan potensi eksport RM675 juta semasa misi perdagangan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd