Saturday, July 13, 2024

Creating liberating content

Nokia 215: Sokongan Internet...

Microsoft pada awal Januari 2015 yang lepas, telah memperkenalkan salah satu telefon mampu...

Kegiatan Gengster Kalangan Pelajar...

KOTA KINABALU - Kegiatan kumpulan gengster dalam kalangan pelajar di Sabah masih terkawal,...

G25 Lebih Bahaya Daripada...

PETALING JAYA - PAS hari ini berkata, kumpulan bekas penjawat awam kanan, G25...

Inisiatif Sejahterakan Warga Wilayah...

KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan akan mewujudkan pelbagai inisiatif bagi membantu meringankan...

Bekas PM Pakistan Kena Baling Kasut

LAHORE – Pelajar sebuah sekolah agama membaling kasut ke arah bekas Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif, hari ini, tindakan yang dianggap seumpama penghinaan besar di negara itu.

Sharif, yang disingkirkan tahun lalu berhubung dakwaan rasuah, kelihatan terkejut apabila kasut yang dibaling terkena bahunya ketika memberikan ucapan pada perhimpunan di sekolah itu di Lahore.

Kejadian berlaku sehari selepas individu membaling dakwat ke arah Menteri Luar, Khawaja Muhammad Asif, anggota parti pemerintah dan rakan rapat Sharif, ketika beliau berucap di perhimpunan parti di timur Pakistan.

Kejadian membaling kasut itu disiarkan secara langsung di saluran televisyen Pakistan.

Di dunia Islam, tindakan seumpama itu dianggap sebagai bentuk penghinaan.

Pelajar itu kemudian melompat ke atas pentas dan mula menjerit sebelum beliau ditewaskan orang ramai dan diserahkan kepada polis.


Menurut pegawai polis, lelaki berkenaan adalah pelajar sekolah itu.

Beberapa minit kemudian, pemimpin parti pembangkang, Pakistan Tehreek-e-Insaf, Imran Khan, dan musuh ketat Sharif yang kerap mengkritik bekas Perdana Menteri itu, mengutuk kejadian itu.

“Ini bukan saya untuk menonjolkan diri dan saya mengutuk siapa yang melakukannya,” kata Khan. – AFP/BH ONLINE

Kategori