Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Tahniah… Radhi OAG Timang...

SELAIN pelakon Nad Zainal, penyanyi Radhi (OAG) turut menimang cahaya mata ketiganya, pada Sabtu. Berita...

Serpihan Di Mauritius, Afrika...

KUALA LUMPUR - Dua serpihan yang ditemui masing-masing di Afrika Selatan dan Pulau...

Selamba Berswafoto Depan Wanita...

TINDAKAN seorang lelaki yang selamba berswafoto berlatarbelakang seorang wanita yang dirempuh oleh keretapi...

PH Sudah Lama Sokong...

SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail...

Bantal, Bingkai Gambar Dikemuka Sebagai Barang Kes

KUALA LUMPUR – Dua helai cadar, enam biji bantal berjenama dan sebuah bingkai gambar panorama dikemukakan di Mahkamah Sesyen sebagai barang bukti pada perbicaraan bekas Setiausaha Bahagian Kewangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Otman Arsahd, 59, yang didakwa atas 32 pertuduhan salah guna kedudukan dan mengemukakan tuntutan palsu membabitkan RM38.4 juta, pada 2012.

Saksi pendakwaan ke-49 Ketua Penolong Kanan Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Asmawi A/L Kulup Lam turut mengemukakan wang tunai RM66,020, dan beberapa mata wang asing dari pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat, Singapura, Emiriah Arab Bersatu, Afrika Selatan, Hong Kong, Turki dan Brunei, sebagai barang bukti.

“Kesemua mata wang asing itu dijumpai dalam sebuah beg duit berwarna putih jenama Louis Vuitton, mata wang itu kemudiannya dikeluarkan dan diasingkan mengikut negara dan dimasukkan ke dalam sampul surat.

“Kesemua wang tunai mata wang tempatan ditemui di dalam sebuah beg tangan berwarna hitam jenama Emporio Armani,” katanya pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM Husmarudin Husin di sini hari ini.

Selain itu, beliau turut mengemukakan beberapa utas lagi jam tangan mewah sebagai barang bukti.

Pada 21 April 2016, Otman yang diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali, didakwa bagi 64 pertuduhan menerima wang berjumlah RM16,623,000 hasil daripada aktiviti haram ke dalam akaun Maybank, RHB dan CIMB Berhad melalui cek antara 7 Mac 2012 hingga 11 Dis 2015.

Selain Otman, pengarah syarikat pembekal barangan sukan di bawah KBS, Abdul Gafar Abdurahiman, 44, dan isterinya Siti Rohanah Hussien, 44, suri rumah, masing-masing berdepan 63 pertuduhan memindahkan wang berjumlah RM15,723,000 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram menerusi 63 transaksi dari akaun bank tiga syarikat milik mereka ke akaun bank milik Otman bagi tempoh masa yang sama.


Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di beberapa lokasi berbeza antaranya RHB Bank cawangan Presint 8, Putrajaya, Menara Maybank Jalan Tun Perak dan Maybank Jalan Raja Laut.

Otman, Abdul Gafar dan Siti Rohanah didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) yang membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-keduanya, jika sabit kesalahan.

Mereka juga didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFAPUAA) yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun atau boleh juga didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram, jika sabit kesalahan.

Abdul Gafar dan Siti Rohanah diwakili peguam Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos. Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung esok. – BERNAMA

Kategori