• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bakat Lagi Penting, Elisya Tak Mahu Dibayangi Fasha

oleh
28/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENJADI adik kepada seorang pelakon popular tanah air sudah tentu menjadi tiket mudah untuk popular dan juga menjadi satu ‘beban’ dalam masa yang sama, seperti yang dihadapi kini oleh pelakon baru, Elisya Sandha.

Bagi pemilik nama sebenar Nur Elisya Mohd Faisal ini, dia kini semakin selesa dalam membina kariernya dalam dunia seni.

Tetapi gadis berusia 19 tahun itu masih belum lagi dapat lari daripada terus dibayangi oleh populariti kakaknya, pelakon Fasha Sandha.

“Selalu saya beritahu produksi, jika saya punya bakat, ambillah saya. Jika sebaliknya, tidak perlu ambil. Jangan terima kerana saya adik Fasha,” katanya dipetik daripada BH Online.

Bagaimanapun, dia tetap akui bahawa itu merupakan asam garam sebgaai pendatang baharu. Mereka pasti perlu melalui pelbagai cabaran sebelum selesa di tempat yang sekarang.

Elisya telah mula bergiat aktif dalam dunia lakonan sejak berusia 15 tahun lagi dan seperti biasa, setiap uji bakat yang dihadirinya, nama Fasha pasti akan dikaitkan.

“Saya mahu mereka melihatlah saya sebagai produk dan nilai saya atas bakat yang ada. Memang saya sedang merangkak untuk mengasah bakat, tetapi tidak mengapa.

“Saya ambil setiap peluang yang datang dan tidak akan berputus asa mengasah kemampuan sehingga berjaya,” tambahnya lagi.

Sebagai kakak, Fasha langsung tidak pernah masuk campur segala urusan kerja seni adiknya tetapi dia masih akan memberi apa jua tunjuk ajar seperti seorang senior dalam industri.

“Jika menerima watak berat, saya akan merujuk pendapatnya. Dia tidak banyak bercakap, sebaliknya mahu saya berfikir dan menggali sendiri tuntutan setiap watak.

“Ada juga teknik lakonan yang dikongsi, selebihnya saya perlu mencorakkan sendiri karakter,” ujarnya yang merupakan anak bongsu dalam lima orang adik beradik.

Walaupun dikatakan masin baru dalam dunia seni, Elisya sudah membintangi beberapa drama antaranya ialah Mimpi Yang Sempurna dan Wanita Yang Dikasihi.

Dalam masa yang sama, dia turut mengakui bahawa selepas bergelar pelakon, baru lah dia tahu betapa sukarnya bagi seorang selebriti utnuk mengekalkan disiplin kerja terutamanya bagi segi masa.

Disebabkan itu, dia banyak mempelajari semuanyaa daripada Fasha sendiri kerana ia juga melibatkan nama mereka adik beradik.

Oleh itu, dia akan cuba sehabis baik untuk menjaga reputasi kakaknya supaya tidak menjadi buah mulut produksi.

“Kakak sememangnya dikenali dengan disiplin kerja yang sangat memuaskan. Mahu atau tidak, saya perlu mencontohinya. Saya tidak mahu leka kerana bimbang jika menimbulkan masalah, pasti nanti namanya terpalit sama.

“Sejak mula berlakon, saya terapkan dalam diri untuk menjaga nama baik dan disiplin. Itu janji saya kepada kakak, tetapi ia tidak mudah. Saya percaya pengurusan masa yang baik memudahkan kerja,” katanya lagi.

Elisya turut berbangga dengan sikap Fasha yang tidak pernah menjaja namanya kepada mana-mana pengarah drama tempatan mahupun filem kerana kakaknya sendiri mahukan dia berjaya atas usahanya sendiri. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: ELISYA SANDHAFasha SandhaNetizen
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bob Lokman Terima Lawatan Mufti WP

Next Post

Naomi Campbell Dibidas, Didakwa ‘Photoshop’ Gambar

Related Posts

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

07/06/2023
0

KUALA LUMPUR : Seorang pelawak wanita kelahiran Singapura, disifatkan bertindak keterlaluan ketika memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore...

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR : Sebahagian besar pembaca BH dalam tinjauan media sosial memilih usia persaraan dikekalkan kepada 60 tahun. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Next Post

Naomi Campbell Dibidas, Didakwa 'Photoshop' Gambar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd