• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bakal ‘Hilang’ Suami, Intan Dapat Tawaran Jadi Model

oleh
06/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIAP perkara yang terjadi, pasti ada hikmah di sebaliknya. Kadang-kala ujian yang datang akan membuatkan seseorang itu lebih matang.

Baca: Suami Izreen Azminda Cerai Isteri Pertama

Juga: “Dia Sudah Jumpa Yang Lebih Baik” – Intan Liyana

Siapa sangka, selepas berita mengenai kes keretakan rumah tangga antara pemuzik bebas, Ude Wahid bersama isteri pertamanya, Intan Liyana membuka ruang rezeki buat ibu kepada dua cahaya mata itu.

Menurut Intan, 33, dia telah menerima banyak tawaran untuk menjadi model Muslimah sejak isu penceraiannya mendapat liputan media tempatan secara luas.

“Alhamdulillah, rezeki saya menerima beberapa tawaran menjadi model Muslimah selepas apa yang berlaku.

“Saya tak sangka berita itu dapat liputan luas. Apa-apa pun, saya nak mengucapkan terima kasih pada pihak yang sudi menawarkan saya kerja,” katanya dipetik daripada mStar Online.

Namun, disebabkan tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang peragaan, Intan hanya menerima satu tawaran sahaja buat masa kini iaitu sebagai model tudung.

“Buat masa ini, saya hanya terima satu tawaran terlebih dahulu iaitu model untuk tudung. Selebihnya masih dalam perbincangan.

“Saya minta tolong kakak untuk uruskan perkara itu sebab ini kali pertama saya dapat tawaran tersebut. Saya tak tahu sangat mengenai bidang peragaan,” tambahnya lagi.

Dalam masa yang sama, Intan turut mengakui bahawa dia akan menjadikan bidang peragaan sebagai kariernya selepas urusan penceraiannya bersama dengan suaminya selesai.

Bagaimanapun, dia tetap akan memikirkan tentang perkara itu semula sama ada mahu mencari pekerjaan tetap ataupun secara bebas.

Ini disebabkan Intan tiada sebarang pekerjaan dan semuanya hanya bergantung kepada suaminya sahaja, namun selepas ini dia akan terus bangkit untuk meneruskan hidup bersama dengan anak-anaknya yang masih kecil.

Selain itu, Intan turut akan mengeluarkan produk gincu di bawah jenamanya sendiri yang diberi nama Lawabybonda dalam masa yang terdekat ini.

Produk berkenaan hanya akan dijual secara atas talian sahaja kerana kini produk tersebut masih lagi dalam proses pembikinan.

“Produk itu masih dalam proses nak siap dan hanya akan dijual menerusi talian sahaja. Nanti akan dimaklumkan menerusi Instagram saya,” ujarnya lagi.

Mengikut dakwaan pada kes lalu, Intan bakal diceraikan oleh Ude pada 22 Mac ini selepas lima tahun mendirikan rumah tangga serta dikurniakan dua orang cahaya mata, Arish Muqri, 3, serta Ariq Muqri, 1.

Manakala, Ude pula telah bernikah dengan pelakon Izreen Azminda pada 8 Ogos lalu tetapi status perkahwinan mereka telah dirahsiakan pada masa itu disebabkan atas permintaan suaminya.

Ungkapan ada mengatakan, selepas hujan pasti akan ada pelangi. Mungkin itu merupakan rezeki buat Intan walaupun tak lama lagi dia akan kehilangan suami yang tersayang. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Intan Lianaizreen azmindakes cerai Ude dan IntanNetizen
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Projek Terowong: ‘Datuk’ Bebas Tahanan Reman

Next Post

Penyewa PPR Diberi Tawaran Sewa Untuk Beli

Related Posts

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

07/06/2023
0

KUALA LUMPUR : Seorang pelawak wanita kelahiran Singapura, disifatkan bertindak keterlaluan ketika memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore...

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR : Sebahagian besar pembaca BH dalam tinjauan media sosial memilih usia persaraan dikekalkan kepada 60 tahun. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Next Post

Penyewa PPR Diberi Tawaran Sewa Untuk Beli

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd