Friday, December 1, 2023

Creating liberating content

Abu Sayyaf Penggal Tebusan...

MANILA - Militan Abu Sayyaf menyiarkan satu rakaman video yang memaparkan anggota kumpulan...

3 Maut Kereta Bertembung...

KUANTAN, 26 Dis (Bernama) -- Tiga beranak maut termasuk seorang kanak-kanak apabila kereta...

Darah Bekam Rasulullah Dipamerkan...

STESEN televisyen AlHijrah mengadakan satu pameran eksklusif, Artifak Rasulullah & Sahabat memaparkan barangan...

Kudrat Wanita Jinakkan Sungai...

JULAU - Bahang mentari pagi menyengat kulit semasa kami menanti di Pangkalan Entabai...

Badan Peguam Gagal Dapat Hakim Bersara Dengar Samannya

PUTRAJAYA – Badan Peguam Malaysia gagal dalam usahanya bagi diwujudkan panel khas dianggotai hakim bersara untuk mendengar permohonannya mencabar kesahihan pelantikan pelantikan dua hakim tertinggi negara ini di sisi perlembagaan.

Panel tiga anggota Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Hakim Tan Sri Hasan Lah memutuskan Mahkamah Persekutuan tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan Hakim Besar Malaya menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk melantik hakim tambahan bersidang dalam panel Mahkamah Persekutuan bagi mendengar saman Badan Peguam Malaysia itu pada 14 Mac.

Beliau berkata Perkara 122 (1A) Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa kepada ketua hakim negara untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong berhubung pelantikan hakim tambahan.

Katanya Perkara 131 A (1) Perlembagaan memberi kebenaran kepada hakim kanan menjalankan fungsi sebagai ketua hakim negara sekira berlakunya kekosongan dalam jawatan itu atau semasa ketiadaannya adalah bersifat budi bicara.

“Tiada sesiapa atau malahan mahkamah, mempunyai hak di sisi perlembagaan untuk mengarahkan budi bicara itu dilaksanakan,” katanya.

Dua lagi hakim yang bersidang bersama-sama Hakim Hasan ialah Tan Sri Zaharah Ibrahim dan Datuk Seri Balia Yusof Wahi.

Pada 19 Dis tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Badan Peguam Malaysia untuk merujuk lima soalan perlembagaan berkaitan kesahan pelantikan Raus dan Zulkefli masing-masing sebagai hakim tambahan dan sebagai Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan selepas mereka bersara wajib pada usia 66 tahun dan enam bulan.

Dalam saman pemula difailkan tahun lepas, Badan Peguam Malaysia memohon perisytiharan bahawa nasihat Arifin sebagai Ketua Hakim Negara pada ketika itu, kepada Yang di-Pertuan Agong pada 30 Mac tahun lepas bagi Raus danZulkefli dilantik sebagai hakim tambahan mengikut Perkara 122(1A) Perlembagaan Persekutuan adalah tidak berperlembagaan dan tidak sah.


Badan Peguam Malaysia juga memohon perisytiharan bahawa pelantikan Raus dan Zulkefli, masing-masing sebagai ketua hakim negara pada 4 Ogos tahun lepas dan presiden Mahkamah Rayuan pada 28 Sept tahun lepas adalah tidak sah dan batal.

Susulan itu Badan Peguam Malaysia memfailkan permohonan bagi diwujudkan panel dianggotai sekurang-kurangnya sembilan hakim terdiri daripada hakim bersara untuk mendengar dan menentukan saman sivilnya selepas ia mendakwa tidak menerima jawapan daripada Hakim Besar Malaya terhadap suratnya berhubung perkara itu.

Dalam notis usulnya, Badan Peguam Malaysia berkata Raus danZulkefli sepatutnya tidak melaksanakan kuasa mereka untuk memilih hakim-hakim Mahkamah Persekutuan untuk menentukan saman mereka kerana kedua-duanya merupakan litigan dalam saman itu.

Persatuan Peguam Bela Sarawak (AAS) dan Persatuan Undang-Undang Sabah menyokong permohonan Badan Peguam Malaysia itu.

Awal tahun ini, Mahkamah Tinggi Kuching merujukkan permohonan AAS mencabar pelantikan Raus dan Zukkefli di sisi undang-undang ke Mahkamah Persekutuan.

Di luar mahkamah, Presiden Badan Peguam Malaysia George Varughese berkata beliau menerima keputusan bahawa mahkamah tidak boleh mengarahkan Hakim Besar Malaya dan menurutnya Badan Peguam Malaysia akan menulis surat semula kepada Hakim Besar Malaya berhubung perkara itu. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • saman

Kategori