• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Badak Sumbu Putih Utara Jantan Terakhir Dunia Mati

oleh AK-47
20/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAIROBI – Sudan satu-satunya badak sumbu putih utara jantan yang masih wujud di dunia, mati di Pusat Konservasi Ol Pajeta di utara Laikipia County, Kenya, pada Isnin, lapor agensi berita China Xinhua.

Pengurus Komunikasi pusat itu, Elodie Sampere, berkata gergasi mamalia darat itu telah berdepan masalah kesihatan serius berkaitan usia sehingga membawa kepada perubahan degeneratif pada otot dan tulang selain mengalami luka besar di kulitnya.

“Keadaannya semakin teruk secara signifikan dalam tempoh 24 jam lepas. Dia tidak lagi mampu berdiri dan berada dalam keadaan tenat. Pasukan veterinar dari Zoo Dvur Kralove, Ol Pejeta dan Perkhidmatan Hidupan Liar Kenya telah membuat keputusan untuk melakukan euthanasia (pematian kasihan) terhadapnya,” menurut kenyataan pusat konservasi itu.

Sudan, 45, merupakan antara tiga ekor badak sumbu putih utara, dan kematiannya menyaksikan hanya dua ekor badak betina dari spesies sama, iaitu Najin dan Fatu, yang masih hidup.

Menurut pusat konservasi itu, satu-satunya harapan bagi mengelak spesies itu pupus kini terletak kepada pembangunan teknik pembiakan vitro (IVF), iaitu menerusi penggunaan telur kedua-dua badak betina yang masih hidup, air mani badan sumbu putih utara jantan yang telah disimpan dan menggunakan badak sumbu putih selatan betina sebagai induk tumpang. – BERNAMA

Tags: badak sumbu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

6 Tanda Menakutkan Robot Akan Mendominasi Manusia

Next Post

18 Penagih Dadah Ditahan Di Tasek Gelugor

Related Posts

No Content Available
Next Post

18 Penagih Dadah Ditahan Di Tasek Gelugor

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd