• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Tanda Menakutkan Robot Akan Mendominasi Manusia

oleh Haris
21/03/2018
dalam Gajet, Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HOLLYWOOD telah banyak kali mengingatkan kita tentang kebangkitan robot dan kepintaran buatan yang akhirnya memusnahkan tamadun manusia atau menjadikan manusia hamba mereka.

Walaupun tanda-tanda kebangkitan robot untuk menguasai manusia ini telah banyak diberikan, manusia terus berdegil dan membiarkan robot menguasai kehidupan kita, malah, anda membaca artikel ini pun menggunakan aplikasi iOS atau Android di telefon pintar!

Ini dia, tanda-tanda robot sedang bangkit untuk menguasai manusia.

1. Robot bunuh pekerja kilang

Di kilang Volkswagen di Jerman, pada 1 Julai, 2015, seorang pekerja dibunuh oleh robot automasi, yang menghimpit pekerja itu pada sekeping besi menggunakan tangannya. Tetapi secara rasmi kes ini dilaporkan sebagai satu kemalangan.

2. Ketawa menakutkan mesin Amazon

Alat “pembantu peribadi” (boleh memainkan muzik, fungsi penggera, dan lain-lain) yang diaktifkan dengan suara, Alexa dari Amazon mengeluarkan suara ketawa menakutkan, dilaporkan pada awal Mei lalu. Bagaimanapun Amazon mengabaikan amaran ini dan mendakwa telah membaiki Alexa.

3. A.I. Facebook bercakap sesama sendiri

Kepintaran buatan yang digunakan oleh Facebook dalam satu eksperimen telah bercakap sesama sendiri menggunakan bahasa mereka. Katanya, Facebook telah segera menghentikan eksperimen tersebut sejurus selepas mengetahui tentang perbualan ini.

4. Robot senjata membunuh

Agensi membangunkan robot perang di Amerika Syarikat, DARPA, dan organisasi lain telah memajukan pelbagai jenis robot peperangan. Dari yang besar hingga sebesar serangga kecil dibina untuk membunuh dengan lebih efisyen, tanpa perasaan dan lebih cepat.

5. Robot rampas kerja manusia

Menurut satu laporan McKinsey Global Institute tahun lepas, 800 pekerja di seluruh dunia akan hilang pekerjaan menjelang 2030, dirampas oleh robot yang semakin berkebolehan. Item nombor 1 di atas telah menunjukkan bagaimana robot melaksanakan agenda ini.

6. Kereta robot Uber bunuh orang

Baru-baru ini sebuah kereta dipandu sendiri oleh kepintaran buatan syarikat Uber melanggar mati seorang pejalan kaki. Teknologi kereta dipandu sendiri ini sepatutnya boleh mengesan pekalan kaki. Tapi kita tahu kenapa ia tidak mengesan pejalan kaki itu! – Mynewshub.cc/H

Tags: Jenayahrobot
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

31/12/2023
0

Kuala Lumpur : Masyarakat Malaysia sering digambarkan sebagai masyarakat beradab, kaya dengan budi bahasa, bertimbang rasa dan berpekerti mulia. IKUTI...

Robot Catur Patahkan Jari Budak 7 Tahun

Robot Catur Patahkan Jari Budak 7 Tahun

26/07/2022
0

MOSCOW – Sebuah robot pemain catur mematahkan jari lawannya iaitu seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dalam satu kejohanan di Moscow,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd