Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Sekumpulan 27 Diplomat Asing...

LAHAD DATU - Sekumpulan 27 diplomat asing yang bertugas di Kuala Lumpur tiba...

PRK Permatang Pauh Paling...

BUKIT MERTAJAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang...

Video: ‘Hantu’ Selfie Di...

VIDEO yang memaparkan sekumpulan gadis yang datang sebagai penonton tetapi lebih kecoh mengambil...

Saya Ditahan SPRM –...

KUCHING : Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK), Voon Lee Shan mendakwa beliau ditahan...

Azam Usaha Terus Kurangkan Kadar Indeks Jenayah

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim yang disambung perkhidmatannya untuk tempoh setahun lagi hari ini berazam meneruskan usaha mengurangkan kadar indeks jenayah.

Beliau berkata keputusan kerajaan untuk menyambung khidmatnya merupakan kepercayaan buat beliau untuk menggalas tanggungjawab dan amanah dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Noor Rashid berkata beliau akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara dalam memastikan keamanan negara serta ketenteraman awam sentiasa terjaga.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan kerajaan dan PDRM (Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun) kerana memberi kepercayaan bagi menggalas tanggungjawab ini,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Noor Rashid berkata beliau akan berkhidmat berlandaskan kehendak masyarakat dan memastikan PDRM sentiasa peka dengan persekitaran masyarakat.

Hari ini, Ahmad Zahid mengumumkan perkhidmatan Noor Rashid sebagai Timbalan Ketua Polis Negara akan disambung secara kontrak selama setahun, selepas tarikh persaraan wajibnya pada 17 Mac ini.


Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Noor Rashid akan bersara wajib pada usia 60 tahun.

Kementerian Dalam Negeri, sedang menunggu surat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V terhadap pelantikan itu.

Noor Rashid dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada Disember 2014.

Beliau yang berasal dari Yan, Kedah, memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Universiti Malaya dan memulakan perkhidmatan dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai Penolong Penguasa Polis (ASP) pada 1984. – BERNAMA

Kategori