• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ayda Lancar ‘Bagai Pelangi’ Pada Hari Istimewa

oleh Haris
18/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPENA sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-26, semalam, pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat telah melancarkan single terbaharunya berjudul Bagai Pelangi.

Jelas Ayda atau nama penuhnya Nur Suhada Jebat, tarikh tersebut dipilih disebabkan lagu berkenaan sangat istimewa buat dirinya, selain ia turut ditujukan khas kepada peminatnya yang telah menyokong kuat kerjaya seninya selama ini.

“Bagai Pelangi kini boleh didapati di semua platform digital dan saya tujukan khas lagu ini buat semua peminat tersayang, terutamanya AJS (Ayda Jebat Screamer).

“Harap peminat semua suka dan terhibur dengan lagu baharu ini. Jangan lupa juga untuk berkongsi pandangan anda dengan saya selepas memuat turun dan mendengar Bagai Pelangi,“ katanya dipetik daripada BH Online.

Ayda turut mengumumkan pelancaran lagu berentak balada itu kepada peminanya menerusi laman sosial Instagram miliknya dengan mengatakan lagu tersebut dilancarkan pada hari yang bermakna untuknya.

🌈👫 Hadiah istimewa pada hari yang istimewa buat semua yang teristimewa. Lagu ‘Bagai Pelangi’ dah ada di Itunes, Joox, Deezer, Spotify, Yonder dan semua platform muzik. Surprise! Im so happy. Crying.. 😢🤧 . Ada lagi surprise kejap lagi. Enjoy dulu lagu Bagai Pelangi! Yang dah download, screenshot and tag please. Show me your love! 🌸💘 . #AydaJebat #BagaiPelangi #PinjamkanHatiku #AJ #AJscreamer #AydaBagiSurprise #AydaHappy #WatchMeWinStudios

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on Mar 17, 2018 at 5:18am PDT

Jelas Ayda kepada akhbar tersebut, lagu Bagai Pelangi menjadi lebih istimewa buatnya memandangkan karya terbabit merupakan jasil ciptaannya bersama Norzaidi Abdul Rahman dan Rafik Khairudin.

“Penonton Pinjamkan Hatiku mesti kenal sebuah lagu yang saya nyanyikan dengan iringan gitar dalam filem lakonan saya itu. Ia digubah semula dengan ‘mood’ dan emosi lebih segar.

“Naskhah ini menjadi luahan hati saya buat peminat dan insan yang tidak pernah jemu menyokong kerjaya muzik serta lakonan saya selama ini,” tuturnya.

Seiring dengan pelancaran lagu tersebut, sebuah video muzik yang dirakamkan Ayda ketika berkunjung ke Jepun baru-baru ini juga dimuat naik ke laman YouTube semalam dan kini sudah mencapai lebih 54,000 tontonan.

Ayda yang sebelum ini sinonim dengan lagu berentak rancak sebelum ini melalui lagu Siapa Diriku, Pencuri Hati, Nakal Nakal Nakal dan Mata kini menampilkan kelainan dengan lagu balada yang tentu menambat hati peminatnya.

Aktres yang mula dikenali menerusi drama Rindu Awak 200% dan Sesal Separuh Nyawa ini juga pernah muncul dengan single duet bersama vokalis kumpulan Sixth Sense, Adi Priyo menerusi lagu Pinjamkan Hatiku.

Dalam pada itu, selepas lakonannya bersama Syafiq Kyle menerusi drama Dekatkan Jarak Kita mendapat sambutan hangat, Ayda bakal muncul dalam drama bersiri terbaru bersama Sharnaaz Ahmad, tidak lama lagi. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: Ayda Jebatlagu baharu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ayda Jebat, Nabil Bertunang Atas Talian

29/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Selepas menjalin hubungan rapat kira-kira setahun, Nabil Mahir dan Ayda Jebat bertunang secara atas talian, semalam. Nabil,...

Ayda Jebat Cipta Rekod Di Awan Biru

08/08/2019
0

KOTA KINABALU - Penyanyi, Ayda Jebat melakar sejarah apabila persembahan mini pertamanya yang diadakan dalam pesawat AK5106 dari Kuala Lumpur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd