• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ayam Tanpa Kepala Masih Hidup Lebih Seminggu

oleh
30/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ANEH… Seekor ayam tanpa kepala bertahan hidup selama lebih seminggu dan kini dijaga oleh seorang doktor haiwan yang turut menggelarkannya sebagai ‘pejuang sejati’.

Ayam tersebut ditemui penduduk di Mueang Ratchaburi, wilayah Ratchaburi, di tengah Thailand bersempadan Myanmar di bahagian baratnya dan hanya kira-kira 100 kilometer dari ibu kota Bangkok.

Menurut media tempatan, doktor haiwan tersebut yang dikenali sebagai Dr. Supakadee Arun Thong, kemudian terpaksa memberikan ayam itu makanan dengan menerusi saluran lehernya.

Tidak hanya itu, beliau juga memberikan antibiotik kepada ayam tersebut. Doktor wanita itu mengetahui keadaan ayam tersebut setelah melihatnya dari foto-foto yang tular bersebar luas di media sosial.

Foto yang dikongsi ramai netizen tempatan tersebut menunjukkan si ayam berkenaan masih lagi tegak berdiri meskipun kepalanya sudah hilang tetapi keadaannya berlumuran darah.

Belum jelas lagi bagaimana ayam tersebut hilang kepalanya tetapi penduduk kampung percaya ia mungkin sudah diserang haiwan liar lain namun nyawanya masih tetap terselamat.

Supakadee dalam pada itu memberitahu pihak media bahawa beliau berharap agar orang lain pula dapat menjaga ayam berkenaan untuk meneruskan sisa kehidupan sebelum mati.

“Siapa yang akan mengambil dan menjaganya? Ayam ini memerlukan jagaan jangka panjang. Saya akui ia memiliki keinginan untuk hidup, pejuang sejati dengan hati yang cekal,” kata beliau.

Setakat ini rekod ayam yang paling lama hidup tanpa kepalanya, dipercayai bernama Mike, bertahan selama 18 bulan di Utah, Amerika Syarikat dari 1945 hingga 1947. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: ayamThailand
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lawak Ke Der Kembali, Muka Baru Curi Tumpuan

Next Post

Bakat Sangat Diperlukan Untuk Mencapai TN50

Related Posts

PGA Patahkan Cubaan Seludup Hampir 40,000 Biji Kelapa Ke Thailand

PGA Patahkan Cubaan Seludup Hampir 40,000 Biji Kelapa Ke Thailand

20/03/2025
1

TUMPAT: Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya mematahkan cubaan menyeludup kelapa ke Thailand apabila merampas 38,580 biji kelapa di pangkalan haram...

Suspek Kes Tembak Cari Khidmat Bot Dari Pulau Ketam Ke Thailand – Penduduk

Suspek Kes Tembak Cari Khidmat Bot Dari Pulau Ketam Ke Thailand – Penduduk

18/02/2025
0

PULAU KETAM - Seorang penduduk di sini mendakwa didatangi lelaki yang mahu mencari khidmat bot untuk ke Thailand. IKUTI CHANNEL...

Next Post

Bakat Sangat Diperlukan Untuk Mencapai TN50

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd