• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ATM Tahan 5 PATI Myanmar Di Bukit Kayu Hitam

oleh Ahmad Albab
14/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Pasukan Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja (4 RRD) menahan lima lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar berhampiran Pos 5, Bukit Kayu Hitam dekat Kubang Pasu semalam.

Panglima 6 Briged Brigedier Jeneral Abdul Aziz Ismail berkata PATI berusia 21 hingga 33 tahun itu ditahan kira-kira 4 petang ketika mereka cuba menyusup masuk ke negara ini melalui pintu sempadan.

“Ketika rondaan dilakukan, sekumpulan lelaki dilihat sedang menunggu kenderaan berhampiran persimpangan jalan Kampung Bukit Kayu Hitam untuk menyusup masuk ke Malaysia sebelum anggota itu menahan mereka.

“Pemeriksaan yang dibuat mendapati kesemua mereka tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan untuk memasuki negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Aziz berkata empat beg galas mengandungi pakaian, dua telefon bimbit berserta wang tunai RM70 dan wang tunai Thailand sebanyak 520 Baht turut dirampas daripada mereka.

Beliau berkata kesemua PATI itu dibawa ke Pusat Pergigian Angkatan Tentera (PPAT) 5 Rejimen Sempadan untuk pemeriksaan kesihatan sebelum diserahkan kepada polis di Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

Tags: ATMPati
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperkukuh kesiapsiagaan operasi bagi membanteras ketirisan dan penyelewengan subsidi bahan api selaras dengan...

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd