• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Artikel Ipoh Dalam The New York Times Membanggakan

oleh AK-47
05/03/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SLIM RIVER – Artikel mengenai bandaraya Ipoh yang disiarkan dalam sebuah akhbar dunia, The New York Times, baru-baru ini merupakan satu lagi pencapaian yang amat membanggakan bagi kerajaan negeri dan semua rakyat Perak.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata pencapaian itu merupakan kejayaan buat kerajaan negeri yang selama ini berusaha untuk membangunkan bandaraya Ipoh supaya menjadi destinasi utama yang harus dikunjungi.

“Mereka (The New York Times) membuat satu analisis mengapa Ipoh perlu berada dalam radar pengembara seluruh dunia, ia adalah satu pengiktirafan yang cukup mengharukan.

“Pengiktirafan seperti ini membuktikan bagaimana kita (kerajaan negeri) membangunkan Ipoh sehingga menjadi destinasi utama dunia,” katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian geran tanah kepada 115 peneroka Felda Besout 2 di sini hari ini.

Baca: NY Times Namakan Ipoh “Bandar Wajib Dilawati”!

Artikel bertajuk ‘Why Ipoh, Malaysia, Should be on your Travel Radar’ (Mengapa Ipoh, Malaysia, Harus Ada Dalam Radar Pengembaraan Anda) itu diterbitkan pada Rabu lepas.

Tahun lalu, Ipoh pernah diiktiraf dalam portal pengembaraan dunia, Lonely Planet sebagai antara 10 wilayah terkemuka dunia untuk dilawati.

Mengulas lanjut, Zambry berkata usaha untuk membangunkan negeri serta bandaraya Ipoh khususnya dalam aspek kebersihan perlu diteruskan walaupun telah diberi pengiktirafan sedemikian.

“Kita perlu secara bersama meneruskan apa yang dirancang, kekalkan kebersihan dan pastikan identiti-identiti yang membuatkan bandaraya Ipoh ini sangat unik terus dipelihara,” katanya.

Selain itu, katanya kerajaan negeri juga akan berusaha untuk membangunkan kawasan luar Ipoh seperti Tanjung Malim agar menjadi bandar yang maju. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mendapatkan maklumat daripada Universiti Malaya (UM) berhubung isu adegan ranjang dalam sebuah...

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

29/03/2026
0

RANTAU – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir memuji kemeriahan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Menteri Luar, Mohamad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd