• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aroma Kopi Gamit Pengunjung Ke Pekan Sehari

oleh Ahmad Albab
21/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Pekan Sehari Temerloh iaitu pasar minggu terpanjang di negara ini, cukup dikenali dalam kalangan penduduk tempatan sebagai lokasi untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian.

Terletak di pertemuan Sungai Pahang dan Sungai Semantan, pasar sehari sepanjang satu kilometer yang diadakan setiap Ahad bermula 7 pagi hingga 1 tengah hari ini, sering menjadi tumpuan kerana di sinilah pelbagai hasil kampung yang sukar diperoleh di tempat lain dapat dibeli dengan mudah.

Jika bernasib baik, pengunjung yang datang bukan sahaja berpeluang membeli patin sangkar dengan harga murah, tetapi juga ikan patin buah atau ikan patin liar dari nelayan sungai yang menjaja hasil tangkapan mereka secara terus kepada pelanggan.

Yang penting, hanya siap wang secukupnya kerana anda pasti rambang mata apabila melihat pelbagai barangan yang dijual di sini.

Selain patin, sayur kampung dan kuih-muih tradisional, terdapat produk lain yang sering kali menjadi tumpuan ramai di pasar pekan sehari ini iaitu kopi dikisar sendiri oleh seorang warga emas, Wong Tiang Kuang 75.

Beliau yang telah menjalankan perniagaan menjual kopi itu sejak 40 tahun lalu, mewarisi kemahiran memproses biji kopi mentah, menggoreng dan mengisarnya daripada mendiang ayahnya, Wong Peng sejak 1975.

“Bekalan kopi mentah saya peroleh daripada saudara di Melaka dan saya bancuh, goreng dan kisar sendiri biji kopi ini di sini, itu yang membangkitkan kopi ini aroma kopi ini sehingga ramai yang tertarik untuk membelinya,” katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.

Wong berkata biji kopi itu digoreng menggunakan mesin khas berenjin petrol setelah diubah suai dan hasil yang siap dikisar dijual dengan harga RM14 sekilogram.

“Tiada resepi rahsia pada kopi, cuma mungkin disebabkan ia dimasak dan dihancurkan di hadapan pelanggan yang mungkin menjadi daya penarik utama kopi ini,” katanya.

Sementara itu, Datuk Akbar V V Abu berkata beliau menjadi pelanggan tetap kopi pekan sehari Wong sejak kecil lagi.

“Saya kenal Wong ini sejak kecil, masa itu dia dan bapanya berniaga di sini dengan motosikal.

“Memang ini yang saya cari setiap kali ke Pekan Sehari Temerloh kerana aroma dan rasanya yang berbeza berbanding kopi lain,” katanya ketika ditemui semasa membeli kopi itu baru-baru ini.

Hayati Muhamad, 53, berkata dia tinggal di Kuala Lumpur dan akan mencari kopi Pekan Sehari Temerloh setiap kali pulang ke kampung halaman isterinya di Bera.

“Rasa kopi dia ini memang sedap, kalau di Kuala Lumpur orang jual kopi dah siap bungkus cantik, di sini Uncle Wong bancuh sendiri biji kopi di depan kita…itu yang membuatkan kita jatuh cinta, lain macam rasanya,” katanya. – BERNAMA

Tags: kopiTemerloh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai JPJ Maut Motosikal Rempuh Lori Terbalik Di Temerloh

Pegawai JPJ Maut Motosikal Rempuh Lori Terbalik Di Temerloh

22/05/2025
0

TEMERLOH, 22 Mei 2025 – Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menemui ajal dalam kemalangan tragis petang semalam apabila motosikal...

Cabaran Bomba Selamatkan Mangsa Banjir Di Temerloh

Cabaran Bomba Selamatkan Mangsa Banjir Di Temerloh

18/10/2024
0

Kuantan : Kedudukan rumah terlalu rapat antara cabaran yang dilalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang dalam operasi menyelamatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd