• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Tawau Patahkan Cubaan 28 Pati Seludup Masuk

oleh Ahmad Albab
16/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Cubaan 28 pendatang tanpa izin dari Indonesia menyeludup masuk ke negara ini gagal apabila bot yang mereka naiki dipintas Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) di perairan Tanjung Doris dekat sini.

Pengarah Maritim Daerah Tawau Kepten Maritim Romli Mustapha ketika meronda di perairan itu pada 12 tengah hari semalam, pasukannya mengesan sebuah bot jongkong yang tidak berdaftar sedang menghala ke Wallace Bay Sebatik, lalu menahan bot tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati 28 lelaki berusia antara 16 hingga 41 tahun di dalam bot itu dan mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen untuk memasuki negara ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya kesemua mereka dibawa ke jeti Maritim Tawau kerana dipercayai melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sementara itu, di SEMPORNA, APMM turut menahan sebuah bot nelayan tempatan di perairan Bohey Dulang kerana melanggar syarat lesen.

“Siasatan awal mendapati terdapat seorang juragan tempatan berumur 33 tahun dalam bot itu dan juragan tersebut gagal melaporkan pertukaran nakhoda mengikut syarat sah lesen yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata juragan serta bot ditunda ke Jeti Lepa-Lepa Semporna dan kes itu diserahkan ke Jabatan Dermaga dan Pelabuhan Semporna untuk siasatan di bawah Enakmem Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002.

Sementara itu, Romli berkata Maritim Malaysia akan terus menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan bagi menangani aktiviti yang menyalahi undang-undang di perairan Tawau.

Katanya orang ramai boleh menyalurkan maklumat kepada Maritim Malaysia dengan menghubungi Pusat Operasi Maritim Tawau 089-752115 atau talian MERS 999 untuk sebarang kecemasan. – BERNAMA

Tags: APMPati
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Selamat Tinggal Parti ‘Kuca Bojeng’ – Zahid

Next Post

Krisdayanti Pesan Supaya Siti Siapkan Diri Jadi Ibu!

Related Posts

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

16/02/2025
0

KOTA BHARU: Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak...

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

16/10/2024
0

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga di negeri itu pada Jumaat...

Next Post

Krisdayanti Pesan Supaya Siti Siapkan Diri Jadi Ibu!

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd