• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Annuar Musa Persoal Motif Rais, Rafidah Ugut Najib

oleh AK-47
27/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa mempersoalkan tindak tanduk dua bekas menteri yang mulai mengikut jejak langkah Tun Mahathir Mohamad mengenai isu semasa negara.

Dua bekas menteri tersebut ialah bekas Menteri Perdagangan dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz dan bekas Menteri Undang-Undang dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Tan Sri Rais Yatim.

Menurutnya, ugutan mereka terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ternyata sudah tidak relevan lagi dengan urusan pentadbiran kerajaan hari ini sekaligus menjadi bukti bahawa mereka berdua masih lagi dalam doktrin ‘pendewaan imej’ Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Tan Sri Rais Yatim dan Tan Sri Rafidah Aziz.

“Sebelum ini, ketika ada yang sibuk membela kroni dan keluarga, isteri, suami dan anak sendiri, di mana pendirian kalian? Sebelum ini, ketika ada yang menjual perjuangan kepada Malaysian Malaysia DAP yang durjana, di mana kalian? Sebelum ini ketika ada yang sewenang-wenang menuduh orang sebagai perompak dan pencuri tanpa secebis bukti, di mana kalian?

“Sebelum ini ketika mahkamah syariah dan Islam dipersenda dan hal agama tidak dibela, di mana suara kalian? Dan kini ketika segala hipokrasi, U- turn, matlamat menghalal cara, di mana kalian?” soalnya dalam satu kenyataan kepada media, hari ini.

Tambah Annuar lagi, kedua-dua Rais dan Rafidah dilihat seperti sedang mengalami ‘sindrom pasca persaraan’ akibat masih belum ‘move on’ dengan jawatan yang dipegang suatu ketika dahulu dan masih merasakan suara mereka patut didengari.

Kata Annuar lagi, beliau menyifatkan pendapat yang menyerang kepimpinan Najib oleh Rais dan Yatim ini sebagai tidak berasas dan hanyalah sebuah lagi langkah untuk melumpuhkan sokongan terhadap PM oleh pihak pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Tan Sri Annuar Musa.Tan Sri Dr Rais YatimTan Sri Rafidah Aziz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Eksport Ayam Masih Tidak Dibenarkan

Eksport Ayam Masih Tidak Dibenarkan

08/08/2022
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk tidak lagi membenarkan sebarang eskport ayam buat masa ini bagi menjamin bekalannya dalam negara betul-betul...

Tutup Peluang Kartel Buat Keuntungan Melampau

Tutup Peluang Kartel Buat Keuntungan Melampau

30/06/2022
0

PUTRAJAYA: Sistem pengeluaran bekalan makanan di setiap peringkat perlu dibuat kawalan bagi mengelak wujudnya kartel atau orang tengah yang cuba...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd