• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amy Kwan Tekad Pamer Aksi Lebih Baik

oleh AK-47
22/03/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengalaman beraksi dan meraih pingat gangsa pada Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland, diharapkan dapat membantu memberi keyakinan kepada gimnas negara, Amy Kwan Dict Weng untuk menampilkan aksi lebih baik pada edisi di Gold Coast, bulan depan.

Atlet berusia 23 tahun itu menetapkan sasaran untuk merealisasikan impian skuad gimrama negara yang berhasrat membawa pulang sekurang-kurangnya satu pingat emas dalam acara berpasukan.

“Seperti jurulatih (Lidia Legotina) sasarkan, saya bersedia beraksi dan bawa pulang pingat emas bagi acara berpasukan. Saya juga mahu perbaiki pencapaian skuad negara di Glasgow, selain memperbaiki pencapaian peribadi pada temasya sukan itu empat tahun lepas.

“Saya harap dapat beraksi dengan lebih baik dan konsisten dalam kesemua acara melibatkan gelung, reben, bola, belantan dan berpasukan,” katanya pada sidang media Program Podium di Institut Sukan Negara (ISN) di sini hari ini.

Amy yang juga pemenang dua pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), berkata tiada rutin baharu akan digunakan di Gold Coast, namun ada sedikit pembaharuan berbanding aksi yang diperagakan ketika KL2017.

Atlet kelahiran Selangor itu berkata berdasarkan kepada Kejohanan Gimrama Antarabangsa Piala Aphrodite keempat di Greece minggu lepas, pasukan lawan yang bakal memberi saingan sengit kepada gimnas negara adalah gimnas dari Kanada, Cyprus dan Wales.

Sementara itu, Izzah Amzan, 18, yang bakal membuat penampilan sulung di Sukan Komanwel 2018 berkata beliau tidak terlalu tertekan sebaliknya berasa teruja untuk mempamerkan aksi terbaiknya pada temasya sukan tersebut.

“Saya baru balik dari Greece dan untuk aksi di Gold Coast berdasarkan kepada prestasi di Greece, saya rasa saya perlu perbaiki teknik dan rutin agar lebih baik dan konsisten.

“Saya mahu lakukan rutin dengan kemas tanpa sebarang kesilapan yang boleh menjejaskan kutipan mata dan saya mahu beraksi tanpa tekanan di Sukan Komanwel,” kata Izzah, sambil berazam mahu membanggakan kontinjen negara pada temasya sukan berkenaan. – BERNAMA

Tags: Amy Kwan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lagu ‘Fighter’ Lonjak Semangat Amy Kwan Raih Gangsa

12/04/2018
0

GOLD COAST — Kekecewaan gimnas negara, Amy Kwan pada edisi lepas di Glasgow, Scotland, pada 2014, terbayar apabila meraih pingat...

Amy Kwan Tekad Pamer Aksi Terbaik Sukan SEA 2017

01/06/2017
0

KUALA LUMPUR - Selepas diketepikan ekoran masalah kecergasan dua tahun lepas, atlet gimnastik berirama (gimrama) negara, Amy Kwan Dict Weng...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd