• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amira Gembira Bekas Kekasih Temui Pengganti

oleh
15/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELANTUN lagu Hati-Hati iaitu Amira Othman mengaku sudah ‘move on’ daripada kisah cintanya yang lalu dan gembira apabila bekas kekasih kini sudah menemui pengganti.

Malah, penyanyi wanita berusia 24 tahun itu menegaskan dia enggan berbicara mengenai soal jodoh sebaliknya lebih selesa menumpukan sepenuh perhatian pada setiap kerja yang dilakukan.

“Saya tumpang gembira apabila mendapat tahu dia sudah menemui kekasih hati. Bagi saya, apa yang terjadi antara kami sudah berlalu. Saya juga sudah melupakan kisah lalu.

“Saya sendiri tidak terburu-buru memikirkan soal cinta atau jodoh kerana tumpuan saya ketika ini diberikan kepada kerjaya seni.

“Ketika ini, contohnya, saya memberikan sepenuh perhatian pada aktiviti promosi single terkini, Mimpi Indah, yang sudah lebih sebulan dikeluarkan,” kata Amira dipetik BH Online.

Penyanyi, Amira Othman

Meskipun begitu, Amira turut berharap dapat ditemukan dengan seseorang yang paling sesuai buat dirinya kelak.

Jika gagal menemui calon sesuai pula, Amira berkata dia akan menyerahkan segala urusan tersebut kepada keluarga selain mengakui tidak menolak jika jodohnya datang cepat.

“Asalkan keluarga suka dan dia lelaki yang baik, saya tak kisah. Begitupun, ketika ini saya mahu fokus pada bidang seni serta mengejar impian dalam kerjaya,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Amira kini dikatakan sedang berehat daripada dunia lakonan bagi mempromosi lagu terbarunya yang mana kini berjaya meraih hampir 600,000 tontonan di Youtube.

Sebelum ini, Amira pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan bekas anggota kumpulan duo Azhael iaitu Azhar Osman namun putus pada awal 2017 selepas dua tahun usia perkenalan mereka. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: amira othman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Noh Omar Prihatin, Bantu Uji Rashid Dapat PPR

Next Post

‘Spiderman Perancis’ Beraksi Pula Di Tour Total

Related Posts

Wany Hasrita Tunai Haji Atas Jemputan Kedutaan Arab Saudi

06/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi Wany Hasrita menerima jemputan daripada Kedutaan Arab Saudi untuk menunaikan ibadah haji pada musim ini dan...

Bukan Aksi ‘Buat-Buat’ – Amira Othman

15/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi Amira Othman terkilan kemesraan dengan adik-beradik yang sering dipaparkan di laman sosial dituduh aksi ‘buat-buat’ atau...

Next Post

'Spiderman Perancis' Beraksi Pula Di Tour Total

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd