Wednesday, April 17, 2024

Creating liberating content

3 Kanak-Kanak Lemas Dalam...

KUANTAN - Tiga kanak-kanak, dua daripadanya adik-beradik, dijumpai mati lemas di kolam bekas...

JPJ Terengganu Kesan 8...

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengesan lapan kes kesalahan yang...

Dokumentari Perjalanan Hidup Tun...

PUTRAJAYA - Liku-liku 79 tahun perjalanan hidup Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad...

“Tak Mungkin Saya Temui...

"DIA adalah sebaik-baik suami dan ayah buat kami semua. Mati hidup semula saya...

Aktivis PPIM Buat Dua Laporan Polis

KUALA LUMPUR – Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Yusuf Azmi membuat laporan polis terhadap empat kakitangan syarikat pengurusan yang dilantik susulan pembocoran maklumat peribadi dan fail milik pelanggan PPIM.

Yusuf yang juga Pengurus Syarikat Risk Group Management and Consultancy itu berkata laporan polis dibuat terhadap kesemua lelaki berusia lingkungan 30-an itu selepas disyaki terdapat elemen sabotaj mengambil dan memberikan dokumen terbabit kepada pihak tertentu.

“Kami tidak pasti apakah tujuan mereka membocorkan maklumat akaun peribadi saya, dokumen rahsia dan fail milik pelanggan syarikat berkaitan kes Ah Long.

“Ia mungkin bertujuan untuk menjatuhkan imej saya, syarikat pengurusan ini atau PPIM,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.

Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM itu berkata keempat-empat individu berkenaan telah bekerja dengan syarikat pengurusan tersebut sejak dua bulan hingga setahun lalu.

“Kami sedang mengumpulkan bukti melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan akan menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” katanya.

Yusuf berkata laporan polis turut dibuat susulan kekacauan yang didakwanya ditimbulkan sekumpulan samseng di pejabat PPIM di Jalan Tun Ismail pada Khamis lepas.


“Ia disyaki telah dirancang rapi kerana kami mendapati wayar CCTV dipotong pada hari kejadian, ” katanya.

Katanya kira-kira 30 orang yang menceroboh pejabatnya telah menimbulkan kekecohan termasuk menendang meja dan melarikan beberapa dokumen milik pelanggan syarikat.

Kumpulan itu dipercayai datang bersama seorang wanita yang mendakwa sejumlah wangnya yang telah diserahkan kepada PPIM untuk dibayar kepada ceti haram didakwa telah diseleweng oleh persatuan itu.

Yusuf bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan PPIM menurutnya sedang berusaha untuk menjelaskan dan menyelesaikan perkara itu secara profesional. – BERNAMA

Kategori