• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akan Berlaku Ketirisan Subsidi Bahan Bakar

oleh AK-47
11/03/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LARUT – Manisfesto pembangkang yang mahu memperkenalkan kuota bulanan subsidi bahan bakar kepada kumpulan sasaran hanya akan menyebabkan berlakunya masalah ketirisan dan penyelewengan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ‘tawaran’ yang kononnya dijanjikan Pakatan Harapan itu tidak memberikan keadilan secara telus kepada pihak yang benar-benar memerlukan subsidi berkenaan.

“Banyak perkara ketirisan yang boleh berlaku, tindakan pembangkang itu tidak akan memberikan keadilan kepada rakyat terutamanya penduduk luar bandar kerana bukan semua rakyat di negara ini memiliki kenderaan.

“Pembangkang juga hanya mahu meraih populariti kerana banyak  manifesto mereka yang tidak dilaksanakan sehingga kini berbanding 99 peratus manifesto kerajaan Barisan Nasional (BN) yang berjaya dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Program BizFair anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Arena Square, Batu Kurau di sini hari ini.

Turut hadir  Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner.

Beliau yang juga merupakan Anggota Parlimen Larut berkata, perkara itu menunjukkan ketelusan kerajaan dalam melunaskan janji kepada rakyat dan antara tunjang utama dalam mentadbir negara sehingga kini.

Tambahnya, tiada kerajaan di dunia yang mahu menyusahkan rakyat dan kerajaan BN sentiasa berusaha melaksanakan dasar mensejahterakan rakyat.

“Ini membuktikan bahawa kerajaan BN melakukan sesuatu yang bertanggungjawab dan kita mampu lakukannya demi kepentingan rakyat dan kumpulan (pembangkang) itu hanyalah Pakatan Harapan palsu sahaja,” katanya.

Hamzah mengulas manifesto pembangkang yang mahu memperkanal kuota bulanan subsidi bahan bakar kepada kumpulan sasaran yang akan diberikan untuk motosikal dengan enjin di bawah 125cc dan kereta dengan enjin di bawah 1300cc.

Manifesto yang diumumkan Pakatan Harapan malam tadi itu turut merangkumi 138 halamam lain dan janji mereka sekiranya berjaya mengambil alih pentadbiran negara. -MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Seri Hamzah ZainudinKPDNKK
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawah Terjejas Teruk Susulan Harga Diesel Naik – Hamzah

Pesawah Terjejas Teruk Susulan Harga Diesel Naik – Hamzah

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyuarakan kebimbangan terhadap nasib pesawah padi yang didakwa paling terkesan susulan...

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd